KUALA LUMPUR: Tiga laluan sekitar Putrajaya akan ditutup sementara bermula 7.30 pagi sempena sambutan Hari Pahlawan yang berlangsung di Dataran Pahlawan Negara pada Rabu ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata laluan itu melibatkan Jalan Persiaran Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Jalan Lebuh Perdana Timur dan laluan sekitar Kompleks E.

“Jalan akan dibuka semula secara berperingkat selepas tetamu kehormat melalui serta selamat sampai ke majlis berkenaan mengikut masa yang telah ditetapkan.

“Laluan kenderaan di Bulatan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah akan diberhentikan seketika semasa lagu Negaraku berkumandang dan akan dibuka selepas acara tembakan meriam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zamzuri berkata sebanyak 82 anggota trafik ditugaskan bagi mengawal lalu lintas sepanjang program berlangsung.

Beliau sehubungan itu menasihati pengguna jalan raya untuk merancang perjalanan dan hadir awal ke pejabat bagi mengelak kesesakan.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur menerusi talian 03-8886 2138 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur 03-20260597/69 atau balai polis berhampiran.



Source link

Cap kaki tiga ubat kurap/tinea skin solution三脚标皮肤汗斑廯药水 12ml
Shopee.com.my
4.9
RM2.75
Cap kaki tiga ubat kurap/tinea skin solution三脚标皮肤汗斑廯药水 12ml
Kain Batik Tiga Serangkai Siap Jahit Super Asli Cotton Serap Air 100% Sarung 3 Serangkai Indo Ready Stock HighQuality v3
Shopee.com.my
4.9
RM18.00
Kain Batik Tiga Serangkai Siap Jahit Super Asli Cotton Serap Air 100% Sarung 3 Serangkai Indo Ready Stock HighQuality v3
Kain Batik Tiga Serangkai Siap Jahit Super Asli Cotton Serap Air 100% Sarung 3 Serangkai Indo Ready Stock HighQuality v2
Shopee.com.my
4.9
RM18.00
Kain Batik Tiga Serangkai Siap Jahit Super Asli Cotton Serap Air 100% Sarung 3 Serangkai Indo Ready Stock HighQuality v2
Kain Batik Tiga Serangkai Original (Warna & Corak Random) Kain Batik Siap Jahit borong / Kain Batik 3 Serangkai Original
Shopee.com.my
4.9
RM8.65
Kain Batik Tiga Serangkai Original (Warna & Corak Random) Kain Batik Siap Jahit borong / Kain Batik 3 Serangkai Original

Leave a Reply