PEKAN: Kerajaan memasang tiga jambatan panel keluli bermodular atau Bailey di seluruh negara susulan musim tengkujuh sejak November tahun lalu.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, selain di negeri ini, jambatan berkenaan turut dipasang di Melaka dan Kelantan.

Menurutnya, di Pekan merupakan pembinaan jambatan Bailey ketiga dan merupakan yang terpantas.

“Prosedur memasang jambatan Bailey ini kebiasaannya memakan masa antara lima hingga tujuh hari dan jambatan di Pekan adalah pembinaan paling pantas kerana hanya tiga hari siap.

“Ia mula dibina pada 11 Januari lalu dan siap hari Sabtu. Namun, kerana faktor cuaca hujan sepanjang minggu lalu, kerja penurapan laluan masuk ke jambatan ini belum dapat diselesaikan.

“Kos jambatan di Pekan ini berjumlah RM5.2 juta dan jika keadaan cuaca mengizinkan, ia dapat disiapkan dan boleh digunakan menjelang hujung minggu ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat kerja pemasangan jambatan Bailey di Seksyen 102 Jalan Kuantan-Segamat (FT012) di sini hari ini.

Jambatan sepanjang 30 meter itu dibina susulan kejadian jalan mendap pada 7 Januari lalu selepas hujan berterusan di kawasan terbabit.

Hujan lebat yang mengakibatkan limpahan air sungai dan arus deras di bawah jalan menghakis permukaan tebing serta lapisan di laluan berkenaan.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) masih mempunyai stok jambatan Bailey yang disimpan di stor mereka untuk tujuan kecemasan.

“Jambatan Bailey ini ada dalam simpanan stor JKR di Johor Bahru, Johor; Kuala Pilah, Negeri Sembilan; Petaling Jaya, Selangor; Temerloh, Pahang; Kinta, Perak; Kedah dan Machang, Kelantan.

“Macam jambatan yang dipasang di sini (Pekan) ia boleh dibuka untuk dipasang di lokasi lain. Kita (JKR) ada stok 1,780 kaki lagi (panel besi bermodular) yang boleh digunakan untuk memasang 17 jambatan Bailey, jika berlaku masalah seperti ini,” katanya.

Sebelum ini, jambatan Bailey dipasang di Kampung Stulang Daeng, Melaka pada November lalu, susulan kejadian jambatan asal di kampung itu roboh pada 16 Oktober tahun lalu.

Jambatan Bailey kedua pula siap dipasang pada 8 Januari lalu di Jalan Dabong-Jeli, dekat Jeli, Kelantan susulan laluan itu terputus akibat aliran air deras. – UTUSAN





Source link

Cap kaki tiga ubat kurap/tinea skin solution三脚标皮肤汗斑廯药水 12ml
Shopee.com.my
4.9
RM2.75
Cap kaki tiga ubat kurap/tinea skin solution三脚标皮肤汗斑廯药水 12ml
Kain Batik Tiga Serangkai Siap Jahit Super Asli Cotton Serap Air 100% Sarung 3 Serangkai Indo Ready Stock HighQuality v3
Shopee.com.my
4.9
RM18.00
Kain Batik Tiga Serangkai Siap Jahit Super Asli Cotton Serap Air 100% Sarung 3 Serangkai Indo Ready Stock HighQuality v3
Kain Batik Tiga Serangkai Siap Jahit Super Asli Cotton Serap Air 100% Sarung 3 Serangkai Indo Ready Stock HighQuality v2
Shopee.com.my
4.9
RM18.00
Kain Batik Tiga Serangkai Siap Jahit Super Asli Cotton Serap Air 100% Sarung 3 Serangkai Indo Ready Stock HighQuality v2
-1%
Kain Batik Tiga Serangkai Original (Warna & Corak Random) Kain Batik Siap Jahit borong / Kain Batik 3 Serangkai Original
Shopee.com.my
4.9
RM8.47 RM8.64
Kain Batik Tiga Serangkai Original (Warna & Corak Random) Kain Batik Siap Jahit borong / Kain Batik 3 Serangkai Original

Leave a Reply