KALI terakhir saya ke panggung untuk menonton filem dari Vietnam rasanya dua tahun lalu. Tapi, poster naskhah Face Off 7: One Wish (OW) seolah-olah memancing saya dengan figura nenek sebagai pemain utama.

Jujurnya, filem Vietnam tidak begitu dekat dalam radar kearifan saya. Sekadar pernah menonton beberapa yang boleh tahan menarik juga di platform over-the-top.

Filem arahan Ly Hai nampak menggoda membuatkan saya rela menghabiskan masa lebih dua jam di dalam panggung. Apalagi ia merupakan filem kedua paling laris dalam sejarah perfileman negara itu.

Mungkin pengalaman menonton filem box office Thailand, How to Make Millions Before Grandma Dies (HTMMBGD) juga menampilkan sosok nenek sebagai penggerak cerita sedikit sebanyak memberi firasat bahawa OW mungkin memberi rasa serupa.

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

Ceritanya mudah, tentang seorang ibu berusia 73 tahun bernama Hai yang cedera, kakinya patah menyebabkan dia perlu dijaga oleh lima orang anaknya.

Kerana kesibukan, mereka semua tidak dapat pulang ke desa. Maka Hai terpaksa menumpang di setiap rumah anak lima lokasi berbeza. Ajaibnya, setiap masalah anak berjaya diselesaikannya.

Selepas beberapa minit menonton OW, saya faham mengapa naskhah ini laris. Ia begitu dekat, cuma Ly Hai cuba menunjukkan sebuah kritik tentang frasa ‘anak derhaka’.

Tiada anak mahu lihat ibu tersiksa. Cuma kesempitan dan kemiskinan membuatkan mereka tidak mampu kerap pulang menjenguk ibu.

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

Mereka bukan tidak mahu ibu menginap lama di rumah mereka, tapi rumah mereka sangat kecil bahkan hanya ada satu katil sahaja tidak cukup ruang untuk ibu di sana.

Mungkin Ly Hai ingin menunjukkan, tidak semua ibu ayah mampu membesarkan anak dengan selesa kerana kemiskinan. Begitu juga anak, tidak semua mampu menjaga ibu ayah dengan cara diharapkan, juga kerana kemiskinan.

Walaupun filem ini berjalan okay pada 15 minit awal dengan keindahan landskap Vietnam yang menawam. Namun semuanya terasa biasa sahaja selepas itu.

Saya tidak menemukan apa-apa yang baru, gagasan lebih besar atau pengolahan plot lebih dramatik selepas 15 minit tontonan. Semuanya terasa membosankan dan lambat berjalan.

Bahkan saya merasa Ly Hai sedaya upaya menyumbat maklumat dan drama keluarga dalam satu-satu masa. Seperti 10 episod drama dipadatkan dalam dua jam tayangan.

Setengah jam terakhir rupanya lebih menyiksa apabila terlalu banyak skrip ‘cringe’ dan drama ‘telenovela’ berlaku terasa begitu plastik.

Konflik paling besar, iaitu kehilangan. Hai rupanya diselesaikan dengan satu video TikTok. Jika begitu mudah, mengapalah mereka perlu merana berbulan-bulan?

Sukar untuk tidak membanding OW dan filem Thailand HTMMBGD sepanjang di panggung.

Satu memberi kita rasa cukup menyentuh dengan genangan air mata, manakala yang satu lagi memberi kita rasa drama plastik yang membuat kita meratip ‘cepatlah habis, cepatlah habis’.





Source link

-34%
(1PC) Dry Floral Foam Dry Sponge Dry Flower Wet Foam Dry Span Bunga Kering Basah Span Bunga Tidak Berhabuk
Shopee.com.my
4.9
RM0.99 RM1.50
(1PC) Dry Floral Foam Dry Sponge Dry Flower Wet Foam Dry Span Bunga Kering Basah Span Bunga Tidak Berhabuk
-50%
(PROSTATE & TERKUCIL SEMBUH) Jamu Prostate Kencing Tidak Lawas Kanser Prostate Kencing Menitik Kencing Menitis
Shopee.com.my
4.9
RM0.50 RM1.00
(PROSTATE & TERKUCIL SEMBUH) Jamu Prostate Kencing Tidak Lawas Kanser Prostate Kencing Menitik Kencing Menitis
-17%
Stokin Tebal Muslimah Umrah Haji Berpantang Tidak Licin ,Muslimah Antislip (Ready Stock)
Shopee.com.my
4.9
RM1.95 RM2.35
Stokin Tebal Muslimah Umrah Haji Berpantang Tidak Licin ,Muslimah Antislip (Ready Stock)

Leave a Reply