JAKARTA – Seorang kakitangan sebuah hospital di Manado, wilayah Sulawesi Utara tidak membenarkan seorang pesakit menerima rawatan kerana dia tidak mempunyai wang, lapor laman berita Banjarmasin Post semalam.

Menurut laporan, sebelum pesakit lelaki tersebut tidak dibenarkan menerima rawatan, dia ditanya oleh kakitangan hospital tentang sama ada dia mempunyai wang.

Rakaman video mengenainya menjadi tular di media sosial selepas dimuat naik oleh seorang pengguna platform X menggunakan akaun @bacottetangga semalam. 

Dalam video tersebut, pesakit itu mengadu kepada kakitangan berkenaan bahawa dia mengalami sakit di dada.

“Ada duit untuk buat bayaran?” tanya kakitangan tersebut.

Lelaki itu kemudian mengaku tidak mempunyai wang.

“Mahu membayar dengan daun ke?” kata kakitangan tersebut.

Keengganan untuk menerima pesakit tersebut menyebabkan ramai netizen bersimpati dengan kejadian itu.- AGENSI   

 





Source link

DISKAUN 70% Novel Tiada Yang Seperti Dia, Qif Myaz ATAS BAKI YANG ADA
Shopee.com.my
5.0
RM6.90
DISKAUN 70% Novel Tiada Yang Seperti Dia, Qif Myaz ATAS BAKI YANG ADA
NOVEL AKU SANGGUP HARD COVER LIMITED EDITION KARYA HANI FAZUHA (TIADA NOMBOR SIRI)
Shopee.com.my
5.0
RM78.00
NOVEL AKU SANGGUP HARD COVER LIMITED EDITION KARYA HANI FAZUHA (TIADA NOMBOR SIRI)
-25%
preloved JIKA KAU TIADA elin nadia
Shopee.com.my
5.0
RM7.40 RM10.00
preloved JIKA KAU TIADA elin nadia

Leave a Reply