PETALING JAYA – Banglo milik usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat dipercayai diturunkan harga kepada RM4.21 juta ekoran tiada pembida.

Perkara itu dimaklumkan seorang ejen hartanah dikenali sebagai Ishaq Marazi menerusi hantaran di Facebook, semalam.

“Hari itu lelong RM4.68 juta tapi tiada pembida. Sekarang bank sudah kurangkan harga lelong kepada RM4.21 juta,” katanya.

Menurutnya, banglo dua tingkat yang terletak di Seksyen 10 Petaling Jaya itu mempunyai keluasan 11,093 kaki persegi, enam bilik dan tujuh bilik air.

“Tarikh lelongan seterusnya adalah pada 2 September depan,” jelasnya.

Dua tahun lalu, kediaman tersebut pernah cuba dilelong Sajat yang berhijrah ke Australia sejak Oktober 2021 pada harga RM9.5 juta, namun tiada pembeli.

Sajat kemudian menawarkan harga baharu banglo mewahnya itu iaitu RM7 juta, sebelum diturunkan lagi kepada RM4.68 juta. – KOSMO! ONLINE





Source link

SERVIS TUTUP BLACKLIST TELCO TIADA HAD MASA/60HARI
Shopee.com.my
5.0
RM50.00
SERVIS TUTUP BLACKLIST TELCO TIADA HAD MASA/60HARI
DEDAK BOKASHI CP 32% PREMIUM(AYAM,PUYUH,ITIK,PIRU)(LALAT DAN BAU TIADA)
Shopee.com.my
5.0
RM3.00
DEDAK BOKASHI CP 32% PREMIUM(AYAM,PUYUH,ITIK,PIRU)(LALAT DAN BAU TIADA)
-20%
Ubat Kutu Kepala Rambut Natural Head Lice Camay Repellent Tiada Bau Warna Selamat Dan Tiada Racun.
Shopee.com.my
4.9
RM20.00 RM25.00
Ubat Kutu Kepala Rambut Natural Head Lice Camay Repellent Tiada Bau Warna Selamat Dan Tiada Racun.
-61%
Women Non-wired Bra Wireless Cotton AB cup Baju Dalam Wanita Tiada Wayar 内衣無鋼圈
Shopee.com.my
4.9
RM4.80 RM12.63
Women Non-wired Bra Wireless Cotton AB cup Baju Dalam Wanita Tiada Wayar 内衣無鋼圈

Leave a Reply