Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) baru-baru ini mengesahkan bahawa tiada kebocoran data MyKad melalui sistem mereka. Dalam satu post di Facebook, mereka menegaskan bahawa siasatan mendapati tidak ada bukti kebocoran atau aktiviti mencurigakan dalam sistem mereka.

JPN juga menekankan bahawa insiden seperti ini tidak pernah terjadi sebelum ini. Mereka memberi jaminan kepada orang ramai bahawa keselamatan dan integriti data rakyat Malaysia yang berada dalam jagaan mereka sentiasa terjamin. Untuk memastikan siasatan berjalan lancar, JPN telah bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Siber Nasional (NACSA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam post yang sama, JPN juga berkongsi kenyataan daripada Menteri Dalam Negeri, Ketua Pengarah NACSA, dan Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM. Ketiga-tiga mereka mengesahkan tidak ada pelanggaran data dalam pangkalan data JPN.

Tak tahu kalau anda terlepas pandang, tetapi firma intelijen ancaman di dark web, StealthMole, pada 3 Disember 2024 lalu mendakwa terdapat pihak yang menjual data MyKad 17 juta rakyat Malaysia di dark web. Namun, bukti yang diperoleh bukan berupa pangkalan data, tetapi gambar-gambar kad pengenalan Malaysia. Ini menunjukkan bahawa data mungkin telah dicuri dari sistem eKYC (Electronic Know Your Customer) yang digunakan oleh platform perniagaan, bank, dan institusi lain.

MyKad Malaysia

Selain itu, NACSA juga telah memastikan bahawa dakwaan kebocoran data MyKad tidak berkaitan dengan pelanggaran terkini. Menurut Ketua Pengarah Ir Dr Megat Zuhairy Megat Tajuddin, analisis yang dilakukan oleh Pusat Koordinasi dan Perintah Siber Nasional (NC4) menunjukkan bahawa sampel-sampel ini sebenarnya berasal daripada pelanggaran antara tahun 2015 dan 2017, dan telah berlegar dalam talian tanpa sebarang kaitan dengan insiden terkini.

(Sumber: JPN, melalui Facebook / Berita Harian)

Ikuti kami di Instagram, Facebook, Twitter atau Telegram untuk lebih banyak info dan berita terkini.

Source link

DISKAUN 70% Novel Tiada Yang Seperti Dia, Qif Myaz ATAS BAKI YANG ADA
Shopee.com.my
5.0
RM6.90
DISKAUN 70% Novel Tiada Yang Seperti Dia, Qif Myaz ATAS BAKI YANG ADA
NOVEL AKU SANGGUP HARD COVER LIMITED EDITION KARYA HANI FAZUHA (TIADA NOMBOR SIRI)
Shopee.com.my
5.0
RM78.00
NOVEL AKU SANGGUP HARD COVER LIMITED EDITION KARYA HANI FAZUHA (TIADA NOMBOR SIRI)
-38%
preloved JIKA KAU TIADA elin nadia
Shopee.com.my
5.0
RM6.20 RM10.00

Leave a Reply