KUALA LUMPUR: Jaga kesihatan, jaga minda yang tajam.
Itulah pesanan daripada bekas tiga kali peserta Olimpik, Josiah Ng kepada pemanah trek kebangsaan, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, yang akan membuat penampilan sulungnya di Sukan Olimpik Paris 2024.
Walaupun beliau tidak mengharapkan Nurul Izzah akan berlumba dalam final, tetapi Josiah masih yakin bahawa gadis berusia 20 tahun itu akan berlumba dengan baik di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines asalkan dia mempunyai dua elemen itu di dalam begnya.
“Ini adalah Olimpik pertamanya dan dia berada di tempat yang hebat di mana apa sahaja yang dia lakukan melebihi jangkaan adalah satu matlamat buatnya.
“Jadi dia perlu belajar menyerap tekanan. Dan jika dia berlumba secara bijak, anda boleh mendapat sedikit nasib baik dalam kategori keirin wanita,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Selain dari Nurul Izzah yang juga dikenali sebagai ‘The Pocket Rocketwoman’, pasukan lumba basikal trek kebangsaan akan turut mempunyai dua kali pemenang pingat Olimpik, Datuk Mohd Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom.
Acara lumba basikal trek akan bermula dari 5 hingga 11 Ogos.
Sukan Olimpik Paris 2024 yang dibuka dengan penuh semangat dengan perarakan sepanjang River Seine berakhir di Menara Eiffel yang ikonik pada Jumaat, akan berlangsung sehingga 11 Ogos.