PUTRAJAYA: Kerajaan menegaskan untuk tetap mempertahankan kuota bumiputera dalam jaminan tempat melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi, tetapi pada masa sama mengiktiraf pelajar-pelajar yang cemerlang berdasarkan prinsip meritokrasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prinsip itu adalah adil dan munasabah selagi mereka yang cemerlang itu adalah rakyat di negara ini tanpa mengira kaum mesti dipelihara.

Menurut beliau, negara sejak merdeka sekian lama telah cuba dalam persaingan pendidikan dalam konteks Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menuju tahap lebih cemerlang dan kian ramai mendapat 10A ke atas dalam kalangan Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak.

“Tiap kali kerana kita ada kuota bumiputera, kadang-kadang dijadikan isu keterlaluan, di satu pihak nak menafikan hak minoriti, satu pihak lagi nak pertikai prinsip Perlembagaan dan jaminan kepada bumiputera terutama secara nisbi dalam kedudukan lebih rendah kerana kemudahan di desa dan miskin bandar.

“Maka kita ambil jalan agak adil dan munasabah. Kalau dia itu rakyat di negara kita, maka harus pelihara. Kita juga menerima kenyataan tentang meritokrasi. Siapa dapat 10A tanpa mengira kaum dan wilayah, kita berikan jaminan tempat di matrikulasi atau bagi bumiputera, ada asasi,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan Perdana Menteri Bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini. – UTUSAN

 





Source link

-68%
[10pcs] Sunshade Net Insect Net Round Clip Fix / Klip Tetap Jaring Hitam Orkid Cangkuk Jaring Kebun 遮阳网扣防虫网扣防鸟网扣农膜固定夹
Shopee.com.my
4.9
RM1.78 RM5.74
[10pcs] Sunshade Net Insect Net Round Clip Fix / Klip Tetap Jaring Hitam Orkid Cangkuk Jaring Kebun 遮阳网扣防虫网扣防鸟网扣农膜固定夹
100pcs Plant Fixed Clips Trellis Tomato Vine Clips Supports Plants Vegetable Fastening Clip / Klip Tetap Tanaman 塑料植物固定夹
Shopee.com.my
4.9
RM5.16
100pcs Plant Fixed Clips Trellis Tomato Vine Clips Supports Plants Vegetable Fastening Clip / Klip Tetap Tanaman 塑料植物固定夹
-47%
Kerongsang baharu pakaian tetap pin sut anti-cahaya aloi perangai mewah korsase wanita
Shopee.com.my
4.8
RM1.09 RM2.06
Kerongsang baharu pakaian tetap pin sut anti-cahaya aloi perangai mewah korsase wanita
Thick buckle pin waist fixed clothes(Pin tebal pakaian tetap)加厚扣针裤腰固定衣服大号扣针
Shopee.com.my
4.9
RM1.19
Thick buckle pin waist fixed clothes(Pin tebal pakaian tetap)加厚扣针裤腰固定衣服大号扣针

Leave a Reply