Usahawan, Dewi mengambil langkah untuk menutup mulut sejak namanya terpalit dengan isu rumah tangga pempengaruh terkenal sosial media, Jofliam dan Cik Epal baru-baru ini.
Menurut Dewi, sekiranya boleh dia tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu ini.
Namun, selepas terlalu banyak fitnah dilemparkan keatas dirinya, dia memilih untuk tampil menjelaskan perkara sebenar.
“Sejujurnya saya lebih rela untuk mendiamkan diri sebab ini melibatkan rumah tangga mereka.
Pada masa sama, Dewi atau nama sebenarnya Emira DelyatI Dewi turut memberitahu dimana dia tidak terasa dengan tomahan yang diberikan oleh netizen kepada dirinya.
“Ada yang panggil saya penyondol, perosak rumah tangga.
“Mereka DM, komen, Whatsapp saya panggil saya macam-macam tapi saya tak peduli pun sebab saya, Jofliam, Cik Epal tahu saya bukan seperti itu.
“Jadi,apa sahaja yang mereka katakan tidak memberi kesan kepada saya,” ujarnya.