Gambar yang dikongsikan Khaby menerusi Instagramnya pada Sabtu. Foto: Instagram Khaby00

PERSONALITI media sosial terkenal, Khaby Lame meluahkan rasa syukur mendalam terhadap kejayaan dan kekuatan yang dimilikinya.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, lelaki berusia 24 tahun itu berkongsi gambarnya memakai ihram di hadapan Kaabah.

“Saya hanya ingin berkata, Alhamdulillah. ALLAH telah memberikan saya segalanya, paling penting sekali, kekuatan untuk terus maju dan mempercayai impian saya.

“Saya telah menghadapi banyak cabaran dalam hidup dan ketika segalanya kelihatan mustahil, keimanan saya membuatkan saya terus berdiri.

“Terima kasih ALLAH, kerana menjadi satu-satunya harapan saya,” tulisnya dalam hantaran tersebut pada Sabtu.

Khaby dilahirkan pada 9 Mac 2000 di Senegal sebelum berhijrah ke Itali bersama keluarganya ketika berusia satu tahun. Kehidupan awalnya penuh kesederhanaan, malah beliau pernah kehilangan pekerjaan sebagai operator mesin kilang akibat pandemik Covid-19.

Kejadian itu bagaimanapun menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya dengan memanfaatkan kreativiti dan kesungguhan, beliau mula menghasilkan video pendek di TikTok yang memaparkan penyelesaian mudah terhadap situasi harian tanpa dialog.

Gaya penyampaian santai serta ekspresi wajah lucu Khaby berjaya memikat hati ramai, menjadikannya salah seorang pencipta kandungan digital paling popular dengan lebih 100 juta pengikut di seluruh dunia.

Kini, Khaby diiktiraf bukan sahaja kerana kandungan video kreatif, tetapi juga kerana mesej positif yang disampaikan.

Hantaran terbaharunya di Instagram dibanjiri ucapan tahniah dan kata-kata semangat daripada pengikutnya. Ramai yang menjadikan beliau sebagai simbol inspirasi, terutama mereka yang sedang menghadapi cabaran hidup.

Source link

Thank You Sticker 25mm [50 pcs or 500 pcs] | Stiker Terima Kasih | Seal Label | Appreciation | Handmade | DIY | Card
Shopee.com.my
4.9
RM1.00

-78%
BunBun 500 Pcs Sticker Thank You Business Stickers Cute Cartoon Homemade Stiker Comel Terima Kasih
Shopee.com.my
4.9
RM1.25 RM5.95
BunBun 500 Pcs Sticker Thank You Business Stickers Cute Cartoon Homemade Stiker Comel Terima Kasih
-74%
500pcs/Roll Thank You Sticker Seal Tape Label Sticker Food Sticker Door Gift Sticker Pelekat Terima Kasih
Shopee.com.my
4.9
RM0.99 RM3.81

Leave a Reply