Pencinta keropok lekor, bersuka cita! Kini kita tak perlu lagi makan keropok lekor yang nipis, kerana seorang usahawan di Pasar Payang, Terengganu telah mencipta keropok lekor paling tebal di dunia!
Dengan saiz sebesar tapak tangan kanak-kanak, keropok lekor ini telah menjadi tular. Penduduk tempatan memuji penjualnya tentang nisbah ikan dan tepung yang sangat baik serta harga yang berbaloi.
“Kedai ini ada jual keropok gemuk dan anda boleh rasa dulu sebelum beli.”
Dikhabarkan bahawa ini sahaja adalah salah satu daripada dua gerai yang menjual keropok lekor bersaiz besar ni.
Pembeli yang sudah merasanya memberikan feedback positif.
“Saya baru je cuba. Walaupun harga sedikit tinggi, ia sangat berbaloi dengan khasiat ikan yang melimpah.”
“Makan ketika masih panas. Bila sejuk, rasa dia tak sama,” kata seorang lagi.
Bagi kita yang tinggal di luar Terengganu, fenomena ini belum sampai ke Pantai Barat. Jadi, ada sesiapa dari Terengganu yang nak bawa balik untuk dikongsi?
Baca juga: Wanita M’sia Dihentam Tunang Kerana “tak simpan untuk majlis” Selepas Belanjakan RM12 untuk Nasi Campur