LONDON: Pengurus Manchester United, Erik ten Hag, menekankan bahawa kurangnya jaringan gol merupakan faktor utama di sebalik persembahan hambar kelab gergasi England itu pada permulaan musim ini.

Ten Hag, yang berada dalam musim ketiganya di Old Trafford, mengalami kekecewaan terbaru apabila United disekat 1-1 di padang sendiri oleh FC Twente, yang terkial-kial dalam Liga Belanda, dalam perlawanan pembukaan Liga Europa mereka pada 25 September.

Keputusan itu menyusuli persembahan kurang memberangsangkan United ketika menentang Crystal Palace dalam Liga Perdana England (EPL) yang berkesudahan seri tanpa jaringan pada 22 September.

United memulakan perlawanan dengan baik ketika menentang Twente, kelab lama ten Hag, apabila Christian Eriksen membuka jaringan menerusi satu rembatan kencang pada separuh masa pertama.

Namun, Sam Lammers menyamakan kedudukan untuk Twente pada minit ke-68 selepas Eriksen kehilangan bola berhampiran kawasan penalti United.

Pasukan pimpinan ten Hag, yang mencatat sebanyak 18 percubaan ketika berdepan Twente, dan gagal menembusi gawang Palace dengan 15 percubaan di Selhurst Park, kini berharap dapat menemui semula sentuhan berbisa mereka apabila menentang Tottenham Hotspur di Old Trafford pada 29 September.

Ketika ditanya apakah masalah terbesar United sekarang, pengurus asal Belanda berusia 54 tahun itu menjawab: “Tidak menjaringkan gol, tidak cukup menjaringkan gol. Itulah masalahnya, hal paling utama.

“Kami perlu menjaringkan lebih banyak gol sebagai sebuah pasukan. Saya rasa pasukan kami mempunyai pemain yang mampu menjaringkan gol. Itu jelas.

“Dengan semua peluang yang kami cipta, kami hanya tidak cukup menjaringkan gol.”

United, bagaimanapun, kembali daripada tempoh perlawanan antarabangsa dengan kemenangan 3-0 ke atas Southampton, yang baru saja dinaikkan semula ke EPL, dan membelasah pasukan Divisyen Tiga Barnsley, 7-0 dalam Piala Liga.

Namun, ia hanyalah tiga kemenangan yang dinikmati United dalam lapan perlawanan dalam semua pertandingan musim ini.

Ten Hag, bagaimanapun, berkata masih terlalu awal membuat penilaian muktamad ke atas prestasi tidak konsisten pasukannya.

“Kami sedang berusaha… Kami perlu mendapatkan pemain baru. Kami juga telah membeli pemain remaja.

“Seperti tahun lepas (2023), Rasmus Hojlund dan tahun ini (2024), Joshua Zirkzee serta Leny Yoro… mereka adalah pemain yang kami yakini bukan sahaja sekarang, bahkan untuk masa depan. Kami perlu membangunkan kemampuan mereka,” tambah ten Hag.

Menurut beliau lagi, United perlu membaiki persembahan skuad yang ada, dan ia akan mengambil masa.

“Saya juga sebenarnya kurang sabar, ia bukan sikap yang baik, saya mahu terus maju.

“Tetapi, untuk berlaku adil, kami meraih kejayaan dalam dua musim lalu (memenangi Piala Liga 2023 dan Piala FA 2024) dan kami perlu bekerja keras untuk membawa satu lagi kejayaan.” – Agensi berita.





Source link

筋骨貼 酸痛貼 舒经貼 体验裝 (每包1片)
Shopee.com.my
5.0
RM0.90
筋骨貼 酸痛貼 舒经貼 体验裝 (每包1片)
-5%
舒经贴 2pcs Menosmooth Herbal Plaster (Exp 03/2027) 顺天堂 舒经贴
Shopee.com.my
5.0
RM5.65 RM6.01
舒经贴 2pcs Menosmooth Herbal Plaster (Exp 03/2027) 顺天堂 舒经贴
MUSCLESMOOTH HERBAL PLASTER 5'S 筋骨贴 (EXP:10/2026)
Shopee.com.my
5.0
RM12.00
MUSCLESMOOTH HERBAL PLASTER 5'S 筋骨贴 (EXP:10/2026)
礼品(Sample)Painsmooth Herbal Plaster 【酸痛贴】试用装 缓解腰痛背痛 关节疼痛膏药布
Shopee.com.my
4.6
RM1.99
礼品(Sample)Painsmooth Herbal Plaster 【酸痛贴】试用装 缓解腰痛背痛 关节疼痛膏药布
筋骨貼 酸痛貼 舒经貼 体验裝 (每包1片)
Shopee.com.my
5.0
筋骨貼 酸痛貼 舒经貼 体验裝 (每包1片)
舒经贴 2pcs Menosmooth Herbal Plaster (Exp 03/2027) 顺天堂 舒经贴
Shopee.com.my
5.0
舒经贴 2pcs Menosmooth Herbal Plaster (Exp 03/2027) 顺天堂 舒经贴
MUSCLESMOOTH HERBAL PLASTER 5'S 筋骨贴 (EXP:10/2026)
Shopee.com.my
5.0
MUSCLESMOOTH HERBAL PLASTER 5'S 筋骨贴 (EXP:10/2026)
礼品(Sample)Painsmooth Herbal Plaster 【酸痛贴】试用装 缓解腰痛背痛 关节疼痛膏药布
Shopee.com.my
4.6
礼品(Sample)Painsmooth Herbal Plaster 【酸痛贴】试用装 缓解腰痛背痛 关节疼痛膏药布

Leave a Reply