MANCHESTER United mengumumkan pemergian pengurusnya, Erik ten Hag selepas mengharungi permulaan sukar di Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Isnin.
Selepas kalah kepada West Ham United 1-2 pada Ahad, United mengumumkan pemergian Ten Hag dengan pembantu, Ruud van Nistelrooy akan menjadi pengendali sementara.
Bekas penyerang United itu akan dibantu oleh barisan kejurulatihannya sementara pengendali baharu dilantik.
BACA LAGI: Anak pakai baju Man United jadi ‘hint’ Xavi bakal gantikan Ten Hag
BACA LAGI: [VIDEO] Penalti minit akhir punca kekalahan, ten Hag anggap ‘dirompak’ pengadil
“Kami sangat terharu dengan Ten Hag atas apa saja yang diberikannya sepanjang bersama kami dan kami berharap dia akan berjaya di masa akan datang.
“Ruud van Nistelrooy akan mengambil alih pasukan sebagai pengendali sementara bersama barisan kejurulatihan sedia ada sementara pengendali tetap yang baharu dilantik,” kata United.
Pemergiannya itu membuka ruang kepada beberapa nama seperti Zinedine Zidane, Jurgan Klopp dan Ole Gunnar Solskjaer untuk mengambil tempat tersebut.
Zidane sebelum ini dilaporkan berada dalam radar bersama-sama Thomas Tuchel sebelum pengendali Jerman itu mengambil tugas sebagai jurulatih England.
Klopp turut disebut-sebut sebagai pengganti namun dengan tugasnya sebagai penasihat di Red Bull Group serta rasa sayangnya kepada Liverpool akan membuatkannya tidak bersama United.
Solskjaer turut berpeluang untuk kembali namun dia perlu menyakinkan para pengurusan kelab yang dia berhak diberikan peluang kedua sebelum kembali bersama The Red Devils.
Satu lagi nama yang menjadi sebutan adalah bekas pengendali Barcelona iaitu Xavi Hernandez.
Xavi disebut-sebut berada dalam sasaran untuk menggantikan Ten Hag dengan dia adalah salah seorang calon realistik untuk United lantik sebagai pengurus. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram