KUALA LUMPUR – Kerajaan membuka semula pendaftaran bagi menyertai program rehabilitasi secara sukarela kepada ahli Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH).

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin berkata, kerajaan berpandangan ahli GISBH memerlukan bimbingan akidah dan kelangsungan hidup selepas tindakan penguatkuasaan terhadap organisasi itu sebelum ini.

Sehubungan itu, jelasnya, bagi memberi peluang lebih ramai ahli menyertai program tersebut, kerajaan memutuskan untuk membuka dan meneruskan pendaftaran secara dalam talian sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

“Pendaftaran secara dalam talian boleh dibuat dan semua peserta akan dihubungi terlebih dahulu bagi tujuan koordinasi logistik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pendaftaran program itu boleh dilakukan secara dalam talian menerusi pautan atau menghubungi pusat panggilan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) di talian 03-88707294 / 7295 / 7296 atau MKN di talian 03-88880733 bagi mendapatkan bantuan.

Selain itu, pendaftaran juga boleh dilakukan di Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah.

Kerajaan sebelum ini menawarkan program rehabilitasi secara sukarela kepada ahli GISBH yang masih bebas di negara ini, bertujuan membimbing mereka kembali ke ajaran Islam yang sebenar.

Timbalan Ketua Pengarah MKN, Datuk Baharuddin Ahmad berkata, pendaftaran bagi program selama tiga bulan itu dibuka bermula 14 Oktober hingga 14 November lalu dan terbuka kepada ahli-ahli organisasi berkenaan tanpa mengira usia dan jantina.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan pada sidang Dewan Rakyat semalam memaklumkan, jumlah ahli GISBH yang menghadiri program rehabilitasi itu masih rendah memandangkan ia bersifat sukarela. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL



Source link

PRE-ORDER : CUSTOM DESIGN TANGLUNG / KECHAIN , MATERIAL ACRYLIC tempoh penghasilan 5-10 hari bekerja
Shopee.com.my
5.0
RM1.50
PRE-ORDER : CUSTOM DESIGN TANGLUNG / KECHAIN , MATERIAL ACRYLIC tempoh penghasilan 5-10 hari bekerja
RM10 - 010 New Number - Onexox Prepaid tempoh sah panjang validity [self-register]
Shopee.com.my
5.0
RM10.00
RM10 - 010 New Number - Onexox Prepaid tempoh sah panjang validity [self-register]
-50%
ONEXOX 5G XOX PREPAID SIM CARD - 28 Months Longest Validity / 28 Bulan Tempoh Sah / Unlimited Hotspot
Shopee.com.my
5.0
RM5.00 RM10.00
ONEXOX 5G XOX PREPAID SIM CARD - 28 Months Longest Validity / 28 Bulan Tempoh Sah / Unlimited Hotspot

Leave a Reply