MELAKA: Waktu penginapan hotel sekurang-kurangnya 21 jam sehari yang telah diamalkan sekian lama oleh para pemain industri perhotelan di negeri ini merupakan kaedah terbaik dan bersifat ‘menang-menang’ antara pelanggan dengan pengusaha.

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Melaka Chapter, Khairulnizam Kasim berkata, gesaan menyelaraskan semula masa daftar masuk dan keluar bagi memastikan pengguna menerima waktu penginapan sekurang-kurangnya 23 jam sehari disifatkan sebagai tidak relevan untuk diimplementasikan.

Tegasnya, meskipun menambah jumlah pekerja, adalah mustahil untuk kerja-kerja mengemas dan mengemas bilik dijalankan hanya dalam tempoh sejam, terutama semasa waktu puncak iaitu hujung minggu atau cuti persekolahan.

“Di Melaka, majoriti hotel di negeri ini mengamalkan waktu penginapan selama 21 jam iaitu daftar masuk pukul 3 petang dan keluar pukul 12 tengah hari. Tidak ada yang menawarkan kurang dari tempoh tersebut.

“Mustahil untuk mengemas semua bilik hanya dalam tempoh sejam walaupun kita tambah kakitangan pembersihan. Waktu pembersihan yang terlalu suntuk bakal menjejaskan kualiti pembersihan yang tidak menyeluruh.

“Waktu penginapan selama 21 jam itu bagi saya sudah terbaik. Hotel ada masa secukupnya untuk mengemas, pelanggan pula dapat kualiti bilik pada tahap maksimum. Jadi gesaan penginapan 23 jam sehari itu perlu dilihat semula,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, dilaporkan pengusaha hotel digesa menyelaraskan semula masa daftar masuk dan keluar bagi memastikan pengguna menerima waktu penginapan sekurang-kurangnya 23 jam sehari.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, penginapan 23 jam sehari adalah perkara biasa di luar negara dan ia tidak menjejaskan soal kebersihan atau kualiti penginapan, malah pengguna juga berasakan wang dibelanjakan berbaloi dengan perkhidmatan diterima.

Tambah Khairulnizam, rungutan pelanggan berkenaan waktu penginapan yang disifatkan tidak berbaloi berkemungkinan datang daripada platform lain seperti perkhidmatan tempahan penginapan dalam talian yang turut popular ketika ini.

“Pihak berwajib sepatutnya menyiasat dengan lebih mendalam pihak mana yang menawarkan tempoh kurang dari 21 jam. Mungkin melibatkan platform lain yang meletakkan waktu daftar masuk lewat dari kebiasaan atau keluar lebih awal,” tegasnya.





Source link

PRE-ORDER : CUSTOM DESIGN TANGLUNG / KECHAIN , MATERIAL ACRYLIC tempoh penghasilan 5-10 hari bekerja
Shopee.com.my
5.0
RM1.50
PRE-ORDER : CUSTOM DESIGN TANGLUNG / KECHAIN , MATERIAL ACRYLIC tempoh penghasilan 5-10 hari bekerja
RM10 - 010 New Number - Onexox Prepaid tempoh sah panjang validity [self-register]
Shopee.com.my
5.0
RM10.00
RM10 - 010 New Number - Onexox Prepaid tempoh sah panjang validity [self-register]
-50%
ONEXOX 5G XOX PREPAID SIM CARD - 36 Months Longest Validity / 3 Tahun Tempoh Sah / Unlimited Hotspot
Shopee.com.my
5.0
RM5.00 RM10.00
ONEXOX 5G XOX PREPAID SIM CARD - 36 Months Longest Validity / 3 Tahun Tempoh Sah / Unlimited Hotspot

Leave a Reply