SHAH ALAM: Tauliah mengajar penceramah bebas Don Daniyal Don Biyajid atau lebih dikenali sebagai Ustaz Don di Selangor telah ditarik.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tauliah Bil.1/2024 pada 24 Julai lepas.

“Surat penarikan telah dikeluarkan oleh Setiausaha Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 31 Julai lalu dan Ustaz Don diberikan tempoh 14 hari untuk merayu berkuat kuasa daripada surat penarikan tauliah diterima,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata keputusan penarikan tauliah mengajar Ustaz Don dibuat berdasarkan kuasa Jawatankuasa mengikut subseksyen 118 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang dibaca bersama perenggan 17(d) Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

Pada 25 Jun lepas, JAIS dilaporkan mengeluarkan arahan kepada semua agensi, masjid, surau dan musala bagi menangguhkan atau tidak membuat apa-apa tindakan mengundang Ustaz Don untuk mengajar apa-apa perkara tentang agama Islam di premis masing-masing.

Arahan itu dikeluarkan berikutan beberapa isu mengenai pengajaran atau ceramah agama Islam yang disampaikan Ustaz Don disyaki membawa kepada perlanggaran beberapa ketetapan di dalam Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.



Source link

Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam(Wilayah-WilayahPersekutuan)(Tauliah Mengajar Agama Islam)2006(P.U.(A)74/06
Shopee.com.my
RM20.00
Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam(Wilayah-WilayahPersekutuan)(Tauliah Mengajar Agama Islam)2006(P.U.(A)74/06
PERATURAN-PERATURAN TAULIAH (NEGERI SELANGOR) 2008
Shopee.com.my
RM20.00
PERATURAN-PERATURAN TAULIAH (NEGERI SELANGOR) 2008
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM) 2006
Shopee.com.my
RM20.00
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM) 2006

Leave a Reply