KEMAMAN – Gara-gara takut dimarahi isteri kerana meminjamkan wang kepada rakan wanitanya sehingga kehabisan gaji, seorang pengawal keselamatan sanggup membuat laporan polis palsu kononnya disamun dua lelaki bersenjata semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pada mulanya pengawal keselamatan mendakwa disamun pada pukul 7 pagi di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, di sini.

“Sewaktu membuat laporan polis di Balai Polis Chukai, di sini pada pukul 8 pagi semalam, dia mendakwa mengeluarkan wang tunai RM1,100 di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah stesen minyak di Kijal, di sini.

“Dakwanya, sewaktu melalui Kawasan Perindustrian Telok Kalong untuk pulang ke rumah, kereta dipandu tiba-tiba ditahan seorang lelaki asing,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini.

Hanyan berkata, pengawal keselamatan terbabit mendakwa lelaki asing itu kononnya memohon bantuan menghantar rakannya yang sedang terbaring di tengah jalan, ke klinik.

“Katanya, lelaki yang terbaring itu tiba-tiba bangun dan mengacu sebilah parang ke bahagian perutnya sebelum menyeluk poket seluarnya untuk mengambil wang tunai RM1,100 sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal,” katanya.

Hanyan berkata, siasatan lanjut polis kemudiannya mendapati dakwaan pengawal keselamatan tersebut sebenarnya palsu dan direka-reka. – KOSMO! ONLINE





Source link

Ulama Takut Isteri (Kisah Para Nabi, Wali, Ulama, Filsuf dan Bijak Bestari Yang Tabah Menghadapi Isteri)
Shopee.com.my
5.0
RM16.00
Ulama Takut Isteri (Kisah Para Nabi, Wali, Ulama, Filsuf dan Bijak Bestari Yang Tabah Menghadapi Isteri)
GHOST PEPPER - JANGAN TAKUT HANTU! #ALLAHJAGAKITA SIRI KOMIK ANA MUSLIM BUKU CERITA
Shopee.com.my
4.9
RM12.00
GHOST PEPPER - JANGAN TAKUT HANTU! #ALLAHJAGAKITA SIRI KOMIK ANA MUSLIM BUKU CERITA
-13%
Buku Jangan Takut Kita Punya Allah
Shopee.com.my
5.0
RM16.50 RM18.97
Buku Jangan Takut Kita Punya Allah

Leave a Reply