KUALA LUMPUR: “Kena serasi dengan anak-anak.”

Demikian antara ciri suami yang diharapkan penyanyi dan pelakon, Adira Suhaimi sekiranya dia ditakdirkan berumah tangga sekali lagi.

Kata ibu empat cahaya mata itu, bukan kekayaan yang diharapkan, sebaliknya lelaki yang mampu memberi kasih sayang kepada anak-anaknya.

“Itu ciri nombor satu yang saya tetapkan. Kalau bercinta dengan ibunya, kenalah mencintai anak-anaknya juga.

“Yang penting, bertanggungjawab dan sanggup jaga kebajikan anak-anak saya,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert A Night With Sumandak Stars baru-baru ini.

Kata Adira lagi, sekiranya bertemu jodoh sekali lagi, dia juga mengharapkan suami yang rajin dan bekerjaya.

“Tak semestinya kena sekufu. Yang penting, rajin.

“Kalau isteri penat, si suami tolong jaga anak, masak, buang sampah, cuci kain dan sebagainya.

“Suami isteri kena saling melengkapi dan boleh bekerjasama,” kongsinya.

Adira pada 2015 mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

Namun selepas sembilan tahun, perkahwinan mereka terlerai apabila keduanya sah bercerai talak satu April lepas.





Source link

500gm Tak Makaron Spaghetti Pasta Spaghetti Instant Spegeti Shell Penne Farfalle Macaroni Fusili Vermicelli 意大利面
Shopee.com.my
4.9
RM5.50
500gm Tak Makaron Spaghetti Pasta Spaghetti Instant Spegeti Shell Penne Farfalle Macaroni Fusili Vermicelli 意大利面
500gm x 20pkt Tak Makaron Spaghetti Pasta Spaghetti Instant Spegeti Shell Penne Farfalle Macaroni Fusili Vermicelli 意大利面
Shopee.com.my
RM99.00
500gm x 20pkt Tak Makaron Spaghetti Pasta Spaghetti Instant Spegeti Shell Penne Farfalle Macaroni Fusili Vermicelli 意大利面
500gm Tak Makaron Farfalle Penne Macaroni Mix Pasta Vermicelli Angle Hair Shariya
Shopee.com.my
5.0
RM5.90
500gm Tak Makaron Farfalle Penne Macaroni Mix Pasta Vermicelli Angle Hair Shariya

Leave a Reply