KUALA LUMPUR — Seperti yang dijangka, ahli perniagaan Syed Yazid Syed Omar telah dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) yang baharu dalam Kongres Pemilihan KLFA Ke-35, yang berlangsung di Cheras semalam.

Kemenangan Syed Yazid diraih setelah beliau memperoleh 15 undi, mengalahkan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid yang sebelum ini memegang tugas sebagai pemangku presiden. Abdullah Sani terpaksa akur apabila hanya meraih 12 undi.

Dengan mandat sehingga 2028, Syed Yazid mengakui bahawa tiada masa untuk berehat bagi beliau dan barisan Exco baharu. Fokus utama mereka adalah menyelesaikan isu tunggakan gaji pasukan Kuala Lumpur City (KL City) yang telah lama membelenggu.

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==
Syed Yazid

“Alhamdulillah, saya bersyukur atas kemenangan ini. Sebagai presiden, amanah yang diberikan ini sangat besar, dan tanggungjawab pertama kami adalah menyelesaikan isu tunggakan gaji,” katanya kepada pihak media.

Bagaimanapun, Syed Yazid tidak memberikan tempoh masa khusus bila masalah tersebut akan dapat diatasi sepenuhnya, kerana masih perlu mengadakan perbincangan lanjut untuk mendapatkan jumlah tunggakan yang tepat, termasuk bayaran kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau turut menambah, selain isu kewangan, keutamaan seterusnya adalah memperbaiki kualiti pentadbiran KL City dan menjalin pertemuan dengan para pemain dalam masa terdekat.

Sebelum ini, KLFA diterajui oleh ahli politik Khalid Abdul Samad yang melepaskan jawatan pada Mac lalu.

Dalam pada itu, dua jawatan Timbalan Presiden berjaya dimenangi oleh Datuk Sri Wong Yeon Chai dengan 15 undi, manakala Datuk Kamarudin Hassan menerima 18 undi.

Syed Yazid kini bersedia membawa KLFA ke arah transformasi baharu dan berharap dapat memulihkan kembali reputasi KL City di arena bola sepak tanah air.

— BebasNews



Source link

Islam And Socialism (Professor Dr Syed Hussein Alatas)
Shopee.com.my
5.0
RM30.00
Islam And Socialism (Professor Dr Syed Hussein Alatas)
1998 Tun Dr Mahathir Konspirasi Anwar Reformasi by Pak Habib Syed Hussein Alattas
Shopee.com.my
5.0
RM39.90
1998 Tun Dr Mahathir Konspirasi Anwar Reformasi by Pak Habib Syed Hussein Alattas
-5%
The Myth of the Lazy Native - Syed Hussein Alatas
Shopee.com.my
5.0
RM64.60 RM68.00
The Myth of the Lazy Native - Syed Hussein Alatas
-10%
ZBH. Tarikh sebenar Batu Bersurat Terengganu. Syed Muhammad Naquib al-Attas. Terjemahan, Muhammad Zainiy Uthman
Shopee.com.my
5.0
RM40.50 RM45.00
ZBH. Tarikh sebenar Batu Bersurat Terengganu. Syed Muhammad Naquib al-Attas. Terjemahan, Muhammad Zainiy Uthman
-10%
ZBH. Sejarah Rakyat Malaysia (Khususnya Perkembangan Nadionalisme). Syed Husin Ali.
Shopee.com.my
4.2
RM25.20 RM28.00
ZBH. Sejarah Rakyat Malaysia (Khususnya Perkembangan Nadionalisme). Syed Husin Ali.
-10%
Katalog Manuskrip: Koleksi Madrasah al-Ahmadiah, Narathiwat, Thailand. Ed. Syed Najihuddin Syed Hassan
Shopee.com.my
5.0
RM54.00 RM60.00
Katalog Manuskrip: Koleksi Madrasah al-Ahmadiah, Narathiwat, Thailand. Ed. Syed Najihuddin Syed Hassan
-10%
ZBH. Hubungan Etnik. Solahuddin Abdul Hamid, Mohd Nizho Abdul Rahman, Syed Sultan Bee Packeer Mohamed.
Shopee.com.my
5.0
RM27.00 RM30.00
ZBH. Hubungan Etnik. Solahuddin Abdul Hamid, Mohd Nizho Abdul Rahman, Syed Sultan Bee Packeer Mohamed.
DBP - Karya Terpilih Syed Hussein Alatas: Rasuah: Sifat, Sebab Dan Fungsi
Shopee.com.my
5.0
RM32.00
DBP - Karya Terpilih Syed Hussein Alatas: Rasuah: Sifat, Sebab Dan Fungsi

Leave a Reply