BENTONG: Isu pergantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) perlu diselesaikan segera oleh kerajaan bagi mengelak kemelut berpanjangan demi menjaga kepentingan petani dan peladang yang menjadi tunjang keterjaminan makanan negara.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bentong juga Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA), Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh berkata, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan perlu mengambil langkah proaktif, tegas dan berani bagi menyusun semula organisasi NAFAS serta meletakkan di landasan yang betul.

“Umum sedia maklum bahawa, NAFAS telah dilancarkan pada 31 Mac 1972 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. Pada awal penubuhannya, NAFAS yang dikenali sebagai Persatuan Peladang Kebangsaan telah didaftarkan di bawah Akta Persatuan Peladang 1967 dan bertindak sebagai badan induk kepada persatuan-persatuan peladang seluruh negara.

“Penubuhannya ketika itu bagi membolehkan pergerakan peladang bergerak maju, persatuan-persatuan peladang dan syarikat-syarikat kerjasama asas tani di seluruh negara telah dicantumkan dan menjadi Pertubuhan Peladang Kawasan dan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973.

“Matlamat penubuhan NAFAS adalah jelas, jadi usah biarkan kemelut ini berpanjangan, selesaikan segera supaya NAFAS kembali memainkan peranan utamanya membela nasib dan kebajikan petani dan peladang seluruh negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Amir Matamin pada 1 November lalu dilaporkan berkata, Perlembagaan NAFAS digantung bagi menambah baik tatakelola dan tadbir urus pertubuhan berkenaan.

Amir berkata, selaku Pendaftar Pertubuhan Peladang, beliau mengeluarkan arahan itu di bawah Seksyen 20 (1) Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109), susulan konflik dalaman dan ketidakharmonian yang telah menjejaskan operasi dan fungsi NAFAS.

Pada 2018, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pernah menggantung operasi NAFAS berkuat kuasa 1 Jun, susulan masalah serius tadbir urus agensi berkenaan, terutama daripada aspek kompetensi, kebertanggungjawaban, dan ketelusan dalam barisan kepemimpinannya.

Mengulas lanjut, Mohamad Zaini berkata, bagi menyusun semula organisasi NAFAS, beliau berharap Pendaftar Pertubuhan Peladang dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengadakan pemilihan semula pertubuhan itu tahun depan.

“Tahun ini, pihak Pendaftar Pertubuhan Peladang sudah mengeluarkan arahan pemilihan 2024 membabitkan semua peringkat, jadi saya berpandangan, ia perlu diadakan tahun depan 2025 supaya organisasi Pertubuhan Peladang di semua peringkat dapat disusun semula.

“Cumanya, saya berharap, pada pemilihan akan datang, Ahli Jemaah Pengarah (AJP) di semua peringkat yang dipilih perlu melebihi majoriti daripada AJP lantikan menteri,” katanya.

Beliau juga mencadangkan supaya pengurus besar baharu NAFAS tidak dilantik dalam kalangan orang politik sebaliknya perlu diberikan dalam kalangan individu yang pakar dan berpengalaman.

“NAFAS perlu di struktur semula ke arah lebih baik dan menjaga hak serta kepentingan hampir sejuta ahli peladang di seluruh negara. Ia perlu bebas daripada kepentingan politik,” katanya. – UTUSAN





Source link

(503) Latihan Susun Perkataan I Susun Ayat l Softcopy Latihan Bahasa Melayu
Shopee.com.my
5.0
RM1.50
(503) Latihan Susun Perkataan I Susun Ayat l Softcopy Latihan Bahasa Melayu
[Softcopy PDF] 马来文国文 Susun Perkataan / Bina Ayat Berdasar Gambar Tahun 1 2 3 Bahasa Melayu Latihan
Shopee.com.my
4.9
RM1.58
[Softcopy PDF] 马来文国文 Susun Perkataan / Bina Ayat Berdasar Gambar Tahun 1 2 3 Bahasa Melayu Latihan
Siri Putera 42: Susun Suai Memori: Topik: Permainan Minda
Shopee.com.my
5.0
RM14.00
Siri Putera 42: Susun Suai Memori: Topik: Permainan Minda

Leave a Reply