SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan kepada fatwa terkini berkenaan fahaman, ajaran, pegangan atau amalan GISBH Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) dan rangkaiannya.

Menerusi kenyataan di Facebook rasmi Selangor Royal Office, keputusan hasil mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 30 September lalu tersebut disembah maklum kepada Sultan Sharafuddin untuk diperkenankan.

Katanya, sembah maklum itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor yang juga Mufti Selangor,
Datuk Dr. Anhar Opir, di Istana Bukit Kayangan di sini.

“Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah berpuas hati dan meyakini bahawa pemimpin, pengikut, pekerja atau ahli GISBH dan rangkaiannya telah dan masih mengamalkan Aurad Muhammadiah atau Zikir Agung.

“(Ini) yang dibawa oleh kumpulan Darul Arqam yang telah diputuskan menyeleweng daripada akidah Islam yang sebenar menurut Warta No. 54 yang disiarkan pada 4 Februari 1993,” katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan, fahaman, ajaran, pegangan atau amalan GISBH dan rangkaiannya mempunyai ciri-ciri yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunah Waljamaah dari aspek akidah dan syariat.

“Apa-apa variasi, bentuk atau cabang mana-mana fahaman, ajaran, pegangan atau amalan baru yang mempunyai persamaan dengan semua atau sebahagian daripada elemen-elemen fahaman, ajaran, pegangan atau amalan ini adalah disifatkan menyeleweng.

“Ini seterusnya bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunah Waljamaah,” jelasnya.

Butiran lanjut mengenai fatwa terkini ini akan dihuraikan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Sebelum ini, Sultan Sharafuddin menitahkan proses tindakan lanjut berkaitan isu GISBH disegerakan dan mahu seluruh agensi agama Islam di Selangor bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan semua pihak terlibat diheret ke mahkamah.

Selain itu, baginda turut menitahkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor digesa untuk mengkaji dan meneliti bagi memutuskan persoalan berkaitan amalan GISBH sama ada ia menyeleweng atau bercanggah dengan ajaran agama Islam yang sebenar.

GISBH sebelum ini menafikan kaitannya dengan al-Arqam dan menganggap tuduhan sedemikian bertujuan menimbulkan prasangka, fitnah dan niat jahat. – KOSMO! ONLINE





Source link

-50%
PERFUME ALREHAB SULTAN 6ML ROLL
Shopee.com.my
5.0
RM6.99 RM13.98
PERFUME ALREHAB SULTAN 6ML ROLL
-81%
Al Arab Twist of Flora women smell
Shopee.com.my
RM76.00 RM400.00
Al Arab Twist of Flora women smell
-80%
Ajmal ehsas bloom perfumes original form - Ajmal ehsas dubai - bint hooran - EDP 100 ml daar al haneen
Shopee.com.my
RM84.00 RM420.00
Ajmal ehsas bloom perfumes original form - Ajmal ehsas dubai - bint hooran - EDP 100 ml daar al haneen
-82%
Hareem al sultan perfume EDP 100 ml from dubai
Shopee.com.my
RM69.00 RM405.88
Hareem al sultan perfume EDP 100 ml from dubai
PERFUME ALREHAB SULTAN 6ML ROLL
Shopee.com.my
5.0
PERFUME ALREHAB SULTAN 6ML ROLL
Al Arab Twist of Flora women smell
Shopee.com.my
Al Arab Twist of Flora women smell
Ajmal ehsas bloom perfumes original form - Ajmal ehsas dubai - bint hooran - EDP 100 ml daar al haneen
Shopee.com.my
Ajmal ehsas bloom perfumes original form - Ajmal ehsas dubai - bint hooran - EDP 100 ml daar al haneen
Hareem al sultan perfume EDP 100 ml from dubai
Shopee.com.my
Hareem al sultan perfume EDP 100 ml from dubai

Leave a Reply