Sultan Sharafuddin Idris Shah, sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, hari ini menyatakan ketidaksetujuannya terhadap cadangan kontroversial yang ingin memperkenalkan garis panduan untuk umat Islam yang hadir di acara bukan Islam, terutamanya di Selangor.
Di dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Pejabat Diraja Selangor, Baginda menegaskan bahawa sebagai negara berbilang kaum dengan pelbagai agama dan kepercayaan, toleransi beragama perlu dihormati dan dijaga.
Sultan Selangor tolak cadangan garis panduan untuk umat Islam di acara bukan Islam
Baginda juga menekankan bahawa cadangan tersebut tidak sesuai, terutama ketika rakyat Malaysia sedang berusaha memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian antara agama.
“Isu ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat dan berpotensi menjejaskan keharmonian sosial yang sedia ada,” kata Sultan Sharafuddin.
“Islam, seperti yang digariskan dalam Quran dan Sunnah, telah lama memberikan kerangka terbaik kepada pengikutnya, dan ini juga disokong oleh ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi amalan umat Islam di Malaysia.
“Oleh itu, isu tentang umat Islam yang tersesat akibat penglibatan dalam acara begini tidak timbul, kerana Baginda percaya umat Islam hari ini memahami batasan agama mereka, tidak mudah terpengaruh, dan mampu membezakan yang baik dan buruk.”
Dalam kenyataannya, Sultan Sharafuddin juga mengingatkan rakyat untuk menghormati dan mengiktiraf bahawa Islam adalah agama Persekutuan, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Apa pendapat anda mengenai titah Sultan Selangor ini? Kongsikan pendapat anda di komen!
Baca juga: Dr Akmal buat analogi pemandu mabuk untuk menunjukkan keperluan garis panduan untuk umat Islam yang hadir di acara bukan Islam.