Sultan Nazrin solat Aidilfitri di Masjid Ubudiah


KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama kira-kira lebih 500 jemaah lain di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, hari ini.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Turut bersama menunaikan solat ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta beberapa ahli Exco, kepimpinan dan pentadbiran negeri.

Sebaik selesai menunaikan solat, Sultan Nazrin kemudian menziarahi pusara ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Makam Diraja masjid berkenaan sebelum berangkat pulang.

Jemaah turut tidak melepaskan peluang untuk bersalam dengan baginda selepas solat sunat, selain bergambar di Masjid Ubudiah yang berusia lebih 100 tahun. – UTUSAN

 





Source link

Leave a Reply