SAINGAN Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2024 bagi Grand Prix (GP) Terengganu sudahpun melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Kuala Lumpur Thunder muncul juara sekali lagi selepas menafikan hajat tuan rumah, Terengganu Turtles (15-7,15-11) di pentas final pada Sabtu.

KL Thunder berjaya mempertahankan kejuaraan tersebut buat kali kedua berturut-turut selepas sebelum ini muncul juara bagi GP Selangor dengan menundukkan Perak Bison (15-7,15-12).

Dengan berlabuhnya tirai di bumi Terengganu itu, sudah pasti banyak cerita suka duka dan pahit manis yang diharungi oleh 12 pasukan STL.

Bagaimanapun, terdapat juga beberapa momen dan kejutan yang mewarnai GP Terengganu yang pastinya diingati oleh peminat tanah air.

Dalam pada itu, Majoriti menyenaraikan tiga kejutan yang mewarnai GP Terengganu termasuklah isu yang kini hangat di media sosial.

NSA

Negeri Sembilan Antlers berjaya mencalarkan rekod bersih KL Thunder.

1. Negeri Sembilan Antlers buat kejutan

Negeri Sembilan Antlers mengejutkan peminat tanah air selepas bangkit menewaskan KL Thunder dalam peringkat Kumpulan B.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan buat pertama kalinya KL Thunder tumpas selepas sebelum ini pasukan itu mencatatkan rekod bersih dalam GP Selangor.

Negeri Sembilan Antler yang dibarisi tekong kebangsaan, Haziq Nizam akhirnya mencalarkan rekod bersih KL Thunder dengan keputusan 10-15,15-11 dan 15-9.

KL Thunder yang tampil dengan barisan pemain kebangsaan terpaksa akur dengan kekuatan Negeri Sembilan Antlers.

Meskipun berjaya mencalarkan rekod KL Thunder namun impian Negeri Sembilan mara ke suku akhir terkubur apabila tewas kepada PDRM Defenders.

WhatsApp Image 2024-09-30 at 20.32.58

Tangkap layar memaparkan pihak pengurusan Selangor Pistons (uniform kuning) tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil.

2. Isu pengadilan

Sebut sahaja Selangor Pistons, sudah pasti penyokong akan teringat kembali insiden yang kurang baik berlaku di GP Terengganu.

Umum mengetahui bahawa Selangor Pistons berang dengan keputusan pengadil yang dianggap berat sebelah selepas Terengganu Turtles meminta challenge.

Begitupun, challenge tersebut tidak diterima oleh pengurus Selangor Pistons yang mendakwa bahawa bola tidak terkena lantai kerana dapat diangkat oleh anak-anak buahnya.

Ulang tayang menunjukkan bola seolah-olah terkena lantai selain blok Ariff Daniel juga boleh dikira foul kerana kakinya terkena jaring.

Namun begitu, keputusan juri akhirnya memberikan Terengganu Turtles mata sekali gus menyaksikan mereka layak ke separuh akhir berdepan PDRM Defenders.

KW

Pemain Kelantan Warriors terpaksa berputih mata apabila tewas kali kedua dalam GP Selangor dan GP Terengganu dalam suku akhir dua kali berturut-turut.

3. Import Kelantan Warriors ucap selamat tinggal

Kelantan Warriors sebelum ini mengejutkan peminat bola rotan apabila berjaya muncul juara bagi Divisyen 1 selepas menewaskan Selangor Pistons dalam aksi rubber set 15-21,15-17,10-15 Ogos lalu.

Meskipun berjaya mengesahkan slot ke suku akhir GP Terengganu namun Kelantan Warriors dilihat tidak menggunakan peluang tersebut sebaik mungkin.

Bukan satu kali tapi dua kali pasukan kendalian Rukman Mustapha itu berjaya mara ke suku akhir yang kali pertama diraih pada GP Selangor.

Bagaimanapun, kem berkenaan kini berdepan situasi sukar apabila dikhabarkan kehilangan khidmat tekong utama iaitu Purached Yodsaen.

Kehilangan tekong import itu dijangka akan merencatkan corak permainan Kelantan Warriors yang dilihat berdepan cabaran menjelang GP Perak bermula 9 hingga 13 Oktober nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram





Source link

Leave a Reply