Humane baru saja umumkan penurunan harga $200 untuk produk utama mereka, AI Pin. Startup dari Bay Area ini, yang ditubuhkan oleh dua bekas eksekutif Apple, dilaporkan mengalami kesulitan dalam menjual produk ini yang dilancarkan pada bulan April dengan harga $700.

Dalam satu mesej kepada senarai emel mereka, Humane memberi penekanan pada polisi pemulangan. “AI Pin kini bermula dari $499 dan termasuk bulan pertama Pelan Humane percuma,” tulis syarikat itu. “Dengan tempoh pemulangan 90 hari, ianya langsung tiada risiko untuk dicuba.”

Sayangnya, device ini tidak mendapat sambutan baik dari pengulas. Pada bulan Ogos, pemulangan AI Pin dikatakan melebihi jualan, dengan anggaran 7,000 hingga 8,000 unit berada di tangan pengguna.

Syarikat tersebut dilaporkan mula mempertimbangkan untuk dijual pada bulan Mei, disebabkan ulasan buruk dan jualan yang rendah.



Source link

Leave a Reply