PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  akan menyiasat mengenai kerugian pelaburan dalam perniagaan fesyen dalam talian tempatan oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan ini penting kerana ia melibatkan penggunaan dana awam dan kini sedang menjadi isu berkepentingan awam.

“SPRM memberi jaminan bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan secara adil dan profesional. 

“Orang ramai diminta memberi ruang untuk siasatan dilakukan serta mengelakkan spekulasi dan ‘perbicaraan awam’ terhadap pihak-pihak yang terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan SPRM bersedia menjalankan siasatan terhadap pengurusan perniagaan fesyen atas talian Malaysia, Fashion Valet Sdn Bhd (Fashion Valet) selepas diumumkan rugi RM43.9 juta.

SPRM akan bertindak untuk membuka siasatan sekiranya wujudnya elemen rasuah, penyelewengan atau penyalah gunaan kuasa

Terdahulu, Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) dalam satu kenyataan berkata, SPRM perlu menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pengurusan perniagaan fesyen atas talian Malaysia itu.

MCW berkata, siasatan juga perlu dilakukan Khazanah dan PNB bagi memastikan tiada unsur penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa dalam pelaburan itu.

MCW turut mencadangkan supaya tadbir urus korporat dalam institusi pelaburan awam seperti Khazanah dan PNB ditingkatkan.

Jelasnya, ia termasuk dengan memperkenalkan kawalan yang lebih ketat dan prosedur penilaian yang lebih teliti sebelum pelaburan besar diluluskan, terutama dalam sektor yang berisiko tinggi seperti e-dagang.

Pada Isnin lalu, media melaporkan, Khazanah dan PNB menanggung kerugian RM43.9 juta ekoran penjualan pelaburan minoriti mereka dalam Fashion Valet seperti yang dinyatakan dalam jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada pertanyaan yang diterbitkan di laman web Parlimen.- UTUSAN





Source link

Jam Wooden Wall Clock Jam Dinding Ukiran Kayu Laser Cut PDRM TUDM SPRM Ready stock
Shopee.com.my
5.0
RM75.00
Jam Wooden Wall Clock Jam Dinding Ukiran Kayu Laser Cut PDRM TUDM SPRM Ready stock
-10%
(UM) SEJARAH PERJUANGAN SPRM: SATU PERJALANAN
Shopee.com.my
5.0
RM49.84 RM56.00
(UM) SEJARAH PERJUANGAN SPRM: SATU PERJALANAN
PSBL - SEJARAH PERJUANGAN SPRM : SATU PERJALANAN
Shopee.com.my
5.0
RM54.00
PSBL - SEJARAH PERJUANGAN SPRM : SATU PERJALANAN

Leave a Reply