JAKARTA: Soraya Haque adik kedua kepada Marissa Haque memberitahu, kakak tercintanya itu tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda sakit.

Ketika ditemui di kediaman Marissa di Pelangi Bintaro, Tangerang Selatan, Soraya berkata, tidak ada apa-apa berlaku pada arwah kakaknya itu.

“Tidak ada apa-apa, tidak ada jatuh atau apa pun. Menurut suaminya (Ikang Fawzi)  sudah dalam keadaan tidak bergerak. Kemudian di bawa ke rumah sakit untuk memastikan kondisi terakhirnya dan akhirnya mendapat surat kematian pada pukul 00.43 WIB,” ungkap Soraya.

Oleh itu dia menyifatkan pemergian kakaknya itu sebagai ajal.

“Penyebabnya kerana ajal saja. Kita harus yakin bahawa ajal boleh datang tanpa alasan. Ajal boleh saja menjemput bila-bila masa, kalau sudah waktunya untuk kembali,” katanya lagi.





Source link

Leave a Reply