Pasti ramai yang bengang kan bila baca tentang kontroversi Jung Woo-sung baru-baru ini.
Bagi yang belum tahu, Jung Woo-sung telah menjadi bapa kepada anaknya bersama Moon Gabi, meskipun mengaku bahawa mereka tidak pernah menjalinkan hubungan bersama.
Bahkan apa yang lebih teruk, ada juga banyak dakwaan menyatakan lelaki itu sebenarnya mempunyai ramai kekasih lain pada waktu yang sama, walaupun ketika Moon Gabi sudah pun mengandung.
I stan Hyeri pic.twitter.com/rtiuvxyTg8
— Ryuchen (@istrigongyoo) November 29, 2024
Terbaru pada 29 November, Jung Woo-sung pertama kali tampil di khayalak umum selepas kesnya itu, menerusi ‘Blue Dragon Film Awards’.
Setibanya pelakon itu di atas pentas, pelakon seperti Lim Ji-yeon dan Park Ju-hyun dilihat memberikan tepukan dan bersorak selepas Jung Woo-sung memperkenalkan dirinya, meraih kritikan kerana mereka sepertinya memberikan sokongan pada lelaki itu.
Khusunya, satu-satunya pelakon yang dipuji netizen adalah Hye-ri, kerana reaksinya yang kelihatan ‘acuh tak acuh’ dan memberikan tepukan hanya sebagai tanda hormat. Komen netizen,
- Dah kenapa Lim Ji-yeon dengan Park Ju-hyun tu syok sangat, sokong ke apa yang Jung Woosung buat?
- Hye-ri lah idola sebenar.
- Lee Hye-ri, saya sayang awak!
- Tepuk tangan biasa sudah la, apa yang sampai nak bersorak.
- Hye-ri barulah ‘girls support girls’ yang sebenar.
Sayang Hye-ri ketat-ketat!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.