KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan pemberian insentif berjumlah RM457,700 kepada skuad boling negara atas kejayaan cemerlang dalam Kejohanan Tenpin Boling Asia (ATBC) di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyatakan insentif tersebut disalurkan melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bagi menghargai usaha dan pencapaian luar biasa 12 atlet yang mengharumkan nama negara.

“Majlis Sukan Negara (MSN) telah memperuntukkan insentif sejumlah RM 457,700 di bawah SHAKAM kepada 12 atlet yang berjaya. Setiap atlet akan menerima jumlah insentif yang berbeza, berdasarkan pencapaian masing-masing.

“Rafiq Ismail menjadi penerima tertinggi setelah meraih empat pingat emas serta satu pingat perak,” kata Hannah kepada media selepas sambutan kepulangan skuad boling di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Lebih manis, Malaysia mencipta sejarah muncul juara keseluruhan kejohanan dengan lapan emas, lima perak dan empat gangsa sekali gus menjadikan 17 pingat itu pencapaian terbesar dalam sejarah ATBC, menewaskan 20 negara lain.

Hannah turut berharap agar kejayaan itu menjadi inspirasi kepada atlet pelapis dengan komitmen KBS untuk meningkatkan pendedahan antarabangsa dan menggandakan usaha menghantar lebih ramai pemain boling ke kejohanan antarabangsa.

Beliau juga memaklumkan KBS sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan bagi meningkatkan peruntukan untuk pembangunan selain menggalakkan sektor korporat memainkan peranan lebih besar dengan melabur dalam sukan berkenaan.

Sebelum ini, terdapat sebilangan atlet yang terpaksa menanggung sendiri kos penyertaan di kejohanan luar negara bagi mendapatkan pengalaman dan pendedahan untuk bersaing di peringkat tertinggi.





Source link

-4%
KOMIK MISI MEDIK #1 & #2 | AMIR & NAZRY SALAM | SKUAD MISI
Shopee.com.my
5.0
RM11.40 RM12.00
KOMIK MISI MEDIK #1 & #2 | AMIR & NAZRY SALAM | SKUAD MISI
-6%
Siri X-VENTURE Akademi Exobot 08: Skuad Bersayap
Shopee.com.my
5.0
RM11.16 RM12.00
Siri X-VENTURE Akademi Exobot 08: Skuad Bersayap
Siri Edukomik 3K Ana Muslim Jom Bersih dan Aktif bersama Skuad Hero Cuci-cuci Buku Komik Kanak kanak
Shopee.com.my
5.0
RM12.00
Siri Edukomik 3K Ana Muslim Jom Bersih dan Aktif bersama Skuad Hero Cuci-cuci Buku Komik Kanak kanak
[ Skuad Misi ] Misi Medik #2 : Sahut Cabaran by Amir - Komik Perubatan, Doktor, Medik, Belajar, Berwarna, Struggle
Shopee.com.my
5.0
RM12.00
[ Skuad Misi ] Misi Medik #2 : Sahut Cabaran by Amir - Komik Perubatan, Doktor, Medik, Belajar, Berwarna, Struggle

Leave a Reply