NILAI – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menemui petunjuk baharu berhubung siasatan skandal rasuah Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, buat masa ini pihaknya tidak boleh mendedahkan perkara itu kerana masih mengumpul keterangan daripada saksi.

“Siasatan masih dijalankan dan keterangan-keterangan saksi sedang dikumpulkan dan memang ada keterangan baharu diperolehi.

“Namun buat masa ini saya tak boleh kongsikan lagi berhubung dapatan baharu ini yang mana ada petunjuk baharu yang menunjukkan saham yang diperoleh pihak-pihak terlibat dalam siasatan ini diperoleh untuk kegunaan sendiri dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM (Penolong Penguasa Gred P29) di Padang Kawad Pusat Latihan Asas, Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, di sini pada Khamis.

Berhubung individu berpengaruh yang akan ditahan seperti yang dimaklumkan sebelum ini, beliau berkata, pihaknya masih mengumpul bukti dan melihat sama ada hasil keterangan menjurus kepada individu itu atau sebaliknya.

“Bila sampai masa kelak, kita akan panggil. Buat masa ni, kita perlu kumpul semua bukti itu jika individu itu berkaitan dan sekiranya perlu, kita perlu lihat adakah menjurus kepada beliau atau tidak.

“Sekiranya betul-betul menjurus kepada beliau, beliau perlu menjawab untuk tujuan membantu siasatan,” katanya.

Tambahnya lagi, setakat ini masih belum ada tangkapan baharu dan bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) MBI yang direman tujuh hari sudah dibebaskan selepas tempoh remannya tamat.

Selain itu katanya, sehingga kini pihaknya telah menyerbu sembilan premis di sekitar Lembah Klang, namun tiada yang diambil tindakan sita.

“Kita tidak sita sebarang premis kerana ia (premis) bukan milik mereka, ada premis yang milik seseorang yang tinggal di situ dan bukan perkara yang berkaitan dalam siasatan kami, jadi tidak boleh sita.

“Ada yang bertanya mengenai sitaan kenderaan, tiada kenderaan yang disita setakat ini sebab tiada keperluan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, SPRM menggeledah sebuah pangsapuri yang didakwa dijadikan ‘safe house’ seorang ahli politik berpengaruh dan menemui sejumlah mata wang asing berjumlah kira-kira RM5 juta.

Susulan itu, SPRM telah menggeledah dua lagi tempat yang dipercayai dijadikan sebagai safe house oleh seorang ahli politik berpengaruh yang membawa kepada penemuan wang bernilai kira-kira RM321,000.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

Billion Dollar Whale: Kisah Sebenar Jho Low Dan Skandal 1MDB (Edisi Bahasa Melayu)
Shopee.com.my
5.0
RM70.00
Billion Dollar Whale: Kisah Sebenar Jho Low Dan Skandal 1MDB (Edisi Bahasa Melayu)
BILLION DOLLAR WHALE - Kisah Sebenar Jho Low Dan Skandal 1MDB (Edisi Bahasa Melayu)
Shopee.com.my
5.0
RM70.00
BILLION DOLLAR WHALE - Kisah Sebenar Jho Low Dan Skandal 1MDB (Edisi Bahasa Melayu)
-10%
SKANDAL 1MDB. KISAH SEBENAR JHO LOW dan SKANDAL 1MDB! BILLION DOLLAR WHALE. (EDISI BAHASA MELAYU)
Shopee.com.my
5.0
RM63.00 RM70.00
SKANDAL 1MDB. KISAH SEBENAR JHO LOW dan SKANDAL 1MDB! BILLION DOLLAR WHALE. (EDISI BAHASA MELAYU)

Leave a Reply