Maybank baru sahaja mengumumkan bahawa aplikasi MAE, Maybank2u (web & app) dan Maybank2u biz (web & app), transaksi kad debit semuanya sedang mengalami masalah.

Kumpulan perbankan di dalam catatan media sosialnya berkata sistem sedang mengalami gangguan sementara dan mereka sedang berusaha menyelesaikan masalah tersebut secepat yang mungkin.

Ini merupakan kali kedua dalam tahun ini Maybank mengalami gangguan. Tahun lalu selepas beberapa kali mengalami masalah, Bank Negara telah memperingatkan bank-bank untuk lebih berhati-hati dan memastikan gangguan adalah minima.



Source link

Leave a Reply