vivo telah secara rasmi melancarkan siri X Fold3, telefon lipat terbaru mereka. Berjaya menggantikan X Fold2, rangkaian baru ini hadir dalam dua varian, dengan model asas menjadi salah satu telefon lipat bergaya buku paling ringan yang pernah dibuat dan pada 219g, ia lebih ringan daripada beberapa telefon bimbit flagship biasa seperti iPhone 15 Pro Max (221g) dan Samsung Galaxy S24 Ultra (232g).
Kedua-dua telefon menpunyai paparan dalam 8.03-inci LTPO AMOLED dan paparan luar dalam 6.53-inci AMOLED dengan kadar segar 120Hz dan kecerahan puncak yang lebih tinggi iaitu 4,500 nits berbanding pendahulunya. Model Pro berjalan dengan cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 terkini manakala versi standard dipasangkan dengan Snapdragon 8 Gen 2 generasi lalu.
Untuk imej, X Fold3 Pro dilengkapi dengan cip V3 tersendiri yang membantu sensor 50MP OmniVision OV50H dengan OIS, lensa ultra lebar 50MP, dan lensa telefoto 64MP dengan zoom optik 3x. Manakala untuk X Fold3 asas, ia menampilkan kamera utama Sony IMX920 50MP dengan OIS, lensa ultra lebar 50MP yang sama, dan lensa telefoto 50MP dengan zoom optik 2x. Kedua-dua telefon lipat ini memiliki dua penembak selfie 32MP.
Menyokong segalanya adalah bateri 5,500mAh dengan pengecasan berkabel 80W untuk Fold3 dan bateri lebih besar 5,700mAh dengan pengecasan berwayar 100W dan pengecasan tanpa wayar 50W untuk Pro. Tambahan pula, Pro mendapat tahanan air IPX8 dan pemindai cap jari di bawah paparan manakala Fold3 versi asas hanya memiliki penarafan IPX4 dengan pengimbas cap jari dipasang di sisi.
X Fold 3 mempunyai harga permulaan CNY7,000 (~RM4,579) manakala konfigurasi asas untuk Pro dijual pada harga CNY10,000 (~RM6,540). Pada masa ini, tiada maklumat mengenai ketersediaan di Malaysia.
(Sumber: vivo)
Ikuti kami di Instagram, Facebook, Twitter atau Telegram untuk lebih kemaskini dan berita terkini.