Siapa yang nak healing2 tu bolehlah try layan variety show terbaru dari Korea ni.
FRESH OFF THE SEA (2024)
Program yang disertai 4 orang selebriti ni akan membawa korang ke kawasan perkampungan nelayan yang ada di sekitar Korea. Ada vibe-vibe macam Three Meal a Day cuma bezanya program tidak hanya memfokuskan pada masakan semata-mata sebaliknya mereka juga perlu menyelesaikan pelbagai task yang telah disediakan.
Mereka akan tinggal disana selama tiga hari dua malam dan sepanjang tempoh tersebut mereka perlu menjalani hidup sebagai nelayan dan petani. Gaji yang mereka dapat tulah yang akan digunakan untuk membeli bahan masakan. Dalam program ni korang boleh tengoklah macam mana strugglenya diorang nak membiasakan diri dengan keadaan tersebut.
Apa yang menariknya, setiap lokasi yang mereka pergi, ada tetamu jemputan yang akan muncul secara suprise. Guest yang datang ni bukan biasa-biasa. Semuanya selebriti top2 dekat Korea. Nak tahu siapa itu korang kena tengok sendiri. Setakat 5 episode yang dah ditayangkan ni, bagi aku sangat menghiburkan. Siapa belum tengok lagi try lah tengok. Korang boleh tengok show ni dekat Viu.
#ViuMalaysia