Shokz baru-baru ini memperkenalkan sepasang earbuds tanpa wayar yang terbuka, dikenali sebagai OpenFit 2. Menurut syarikat, model terkini ini menawarkan bunyi yang lebih baik, kebocoran bunyi yang kurang, keselesaan tambahan, jangka hayat bateri yang lebih lama, ketahanan yang dipertingkatkan, serta butang kawalan fizikal yang baru.
Setakat ini, tiada maklumat mengenai bila earbuds ini akan masuk ke Malaysia. Walau bagaimanapun, OpenFit 2 telah disenaraikan dalam pangkalan data SIRIM dengan nombor model T920 pada 22 Januari 2025, menandakan pelancaran mungkin tidak lama lagi di pasaran tempatan. Maklumat SIRIM ni memang seringkali menjadi petunjuk awal untuk pelancaran produk di Malaysia!
OpenFit 2 dilengkapi dengan dua pemacu di setiap bud yang berfungsi untuk bunyi rendah dan tinggi. Dengan teknologi DirectPitch 2.0, earbud ini mengurangkan kebocoran bunyi walaupun pada volume maksimum yang lebih tinggi, dan mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 95%! Earbud ini juga menggunakan Bluetooth 5.4 dan mempunyai penarafan IP55 untuk ketahanan terhadap habuk dan air.
Dengan penggunaan, OpenFit 2 boleh bertahan hingga 11 jam dengan sekali cas, dan jika ditambah dengan kes pengecas, ia boleh bertahan sehingga 48 jam! Yang menarik, butang fizikal ini menggantikan kawalan sentuh sebelum ini, menjadikannya lebih mudah untuk mengubah volume, memainkan muzik, atau menjawab panggilan tanpa gangguan.
Jangan lupa ikut kami di Instagram, Facebook, Twitter, atau Telegram untuk lebih banyak kemas kini dan berita terkini!