PETALING JAYA: Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom berjaya melangkah ke suku akhir acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2024 di Ballerup, Denmark, sebentar tadi.

Pada aksi pusingan pertama di saringan keempat, Shah Firdaus berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala tempat pertama menjadi milik wakil Jepun, Shinji Nakano.

Pelumba berusia 28 tahun itu akan bertarung untuk merebut tiket ke separuh akhir pada perlumbaan suku akhir pukul 10.08 malam ini.

Mengikut format perlumbaan dua tempat teratas dari enam pelumba di setiap saringan akan layak ke pusingan seterusnya.

Dalam pada itu, adiknya, Muhammad Ridwan Sahrom tersingkir selepas mencatat kedudukan terakhir pada pusingan repechage di saringan keempat.

Ridwan sebelum itu menamatkan perlumbaan pusingan pertama di saringan ketiga di tempat tercorot.

Sementara itu, pelumba wanita sensasi negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berjaya melangkah ke pusingan kedua 1/16 selepas menduduki tempat ke-29 dari 31 pelumba yang bertanding dengan catatan masa 11.055 saat (s).

Anis Amira Rosidi turut mengikut jejak langkah Izzah selepas menamatkan saingan di tempat ke-28 dengan catatan 11.305s.

Tempat pertama menjadi milik jaguh pecut dari Great Britain, Emma Finucane dengan catatan 10.377s. – UTUSAN





Source link

-4%
Kisah Yang Tak Tertulis - Al Shah (Puisi Healing)
Shopee.com.my
5.0
RM26.60 RM28.00
Kisah Yang Tak Tertulis - Al Shah (Puisi Healing)
(TICKET EMAIL NOW) Wet World Shah Alam Water Park Promo
Shopee.com.my
4.9
RM4.62
(TICKET EMAIL NOW) Wet World Shah Alam Water Park Promo
[PM KAMI UTK PROMO] Wet World Park Shah Alam Tiket
Shopee.com.my
5.0
RM4.75
[PM KAMI UTK PROMO] Wet World Park Shah Alam Tiket

Leave a Reply