Menurut Times of India (TOI), Bukit Bintang telah dikategorikan sebagai salah satu destinasi paling overrated walaupun terkenal sebagai lokasi hangout terbaik untuk shopping dan nightlife.
Masalahnya, kesesakan lalu lintas, ramai pejalan kaki, dan bunyi bising di kawasan itu ditambah pula dengan harga barang yang melambung, membuatkan Bukit Bintang berada di tempat ke-10 dalam senarai destinasi paling overrated di Asia.
Sebenarnya, makanan dan cenderahati di Bukit Bintang biasanya dijual dengan harga yang lebih tinggi, menambah kebimbangan bahawa destinasi ini mungkin tidaklah semurah yang didakwa oleh sesetengah orang.
Dalam senarai ini, sebelum Bukit Bintang terletak Taj Mahal di India yang, meskipun tergolong dalam tujuh keajaiban dunia, ada pelancong yang menganggap tempat ini terlalu sesak dan kawasan sekitarnya terlalu komersial.
Tempat paling atas dalam senarai ini adalah Phuket, Thailand—tempat yang mungkin ramai antara kita sudah pergi atau dengar. TOI menyatakan Phuket sudah menjadi terlalu komersial.
“Pantai selalu sesak, trafik sukar dilalui, dan banyak kawasan tidak memberikan pengalaman yang asli.”
Berikut adalah senarai penuh destinasi yang dianggap overrated oleh TOI, disusun mengikut urutan.
- Phuket, Thailand
- Bali, Indonesia (penuh dengan resort dan restoran, hilang suasana tenang)
- Dinding Besar China (terlalu ramai orang)
- Pantai Baga, India (terlalu sesak)
- Teluk Ha Long, Vietnam (pencemaran air akibat bot pelancong)
- Angkor Wat, Kemboja (keramaian dan bising)
- Gunung Fuji, Jepun (keramaian dan pemandangan terbaik sering tersembunyi)
- Ubud, Indonesia (harga melambung dan kesesakan trafik)
- Taj Mahal, India
- Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Walaupun berada dalam senarai ini, Bukit Bintang tetap salah satu tempat yang paling ramai dikunjungi di KL. Kepada yang sering lepak di sini, apa pendapat anda tentang ini?
Juga baca: Pelakon Hong Kong Buka Restoran Hotpot di Bukit Bintang, Sasaran Buka 40 Cawangan di Malaysia