Pelakon muda, Hariz Hamdan mencabar diri menjayakan karakter hero dalam filem komedi arahan sutradara Dr Ahmad Idham, Sahak Gangster.

Menerusi filem yang bakal muncul di pawagam pada 9 Januari hadapan, Hariz mencari kelainan kerana sebelum ini dia sering mendapat tawaran menjayakan watak sebagai pemuda kaya.

“Saya sering dikenali dengan watak-watak sama seperti pewaris ‘Megah Holdings’, karakter pemuda kaya yang bapanya ada perniagaan dan sebagainya. Peluang yang pengarah berikan ini sebagai salah satu cabaran.

“Sukar membawakan watak utama dalam filem bergenre komedi tetapi saya mahu keluar zon selesa. Saya mahu mencabar diri dan meningkatkan lagi mutu dalam bidang lakonan.

“Sebagai pelakon baharu, saya mempunyai banyak kelemahan. Banyak benda saya kena belajar tetapi saya rasakan ini peluang untuk saya menimba ilmu,” kata Hariz kepada XTRA.

Dalam pada itu, Hariz mendedahkan dia agak keberatan untuk membawa watak utama namun pengarah dan tenaga produksi memberi sokongan kepada pemuda berusia 22 tahun ini.

“Sebenarnya, filem Sahak Gangster sudah menjalani penggambaran dua tahun lalu. Sewaktu mendapat tawaran, sejujurnya saya agak ragu-ragu. Sudahlah watak ini ada sentuhan komedi, saya juga harus menggalas tanggungjawab membawa peranan hero.

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

“Namun begitu, pengarah serta krew produksi memberikan dorongan serta galakan. Selaku pengarah, Ahmad Idham banyak memberikan tunjuk ajar. Saya rasa sangat bertuah.

“Saya juga gembira digandingkan dengan Nelissa Nizam sebagai heroin. Kami banyak berbincang dan Nelissa membuatkan saya rasa selesa kerana dia banyak membantu saya. Sebelum ini kami pernah bergandingan dalam drama, jadi mudah untuk mencipta keserasian,” katanya lagi.

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

Hariz ditemui pada tayangan perdana filem Sahak Gangster di GSC IOI Damansara Mall, Kota Damansara, baru-baru ini.

Ini merupakan pengalaman pertama Hariz membawakan watak komedi di layar perak dalam filem Sahak Gangster arahan Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri terbitan Millennium Megamas Sdn Bhd yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 9 Januari hadapan.

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

Selain Hariz, filem ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Nelissa Nizam, Yana Samsudin, Usop Wilcha, Mamak Puteh, Mohammad Faizzal, Razak Ahmad, Chiwan, Azlan Komeng, Acong Sweetchild dan Datuk Ahmad Tamimi Siregar.

Source link

-15%
Hidup Sering Kali Tidak Baik-Baik Sahaja, Tetapi Kita Mampu Menghadapinya - Syeikh Mustafa Al-Ghalayini
Shopee.com.my
5.0
RM29.90 RM35.18
Hidup Sering Kali Tidak Baik-Baik Sahaja, Tetapi Kita Mampu Menghadapinya - Syeikh Mustafa Al-Ghalayini
TAFSIR JUZ ‘AMMA : Menyelami Makna Surat-Surat al-Quran yang Sering Dilantunkan Setiap Hari - Imam Qusyairi
Shopee.com.my
5.0
RM55.00
TAFSIR JUZ ‘AMMA : Menyelami Makna Surat-Surat al-Quran yang Sering Dilantunkan Setiap Hari - Imam Qusyairi
KEKUATAN MENGHORMATI (Manfaat dari Bagian Sukses yang Sering Dilupakan) by Deborah Norbille
Shopee.com.my
5.0
RM17.10

Leave a Reply