Seorang tukang bersih kapal terbang sedang membersihkan kokpit juruterbang.
Kemudian dia terlihat ada sebuah buku yang bertajuk,
“CARA TERBANGKAN AEROPLANE UNTUK PEMULA (Jilid 1)”
Dia membuka halaman pertama yang ditulis,
“Untuk menghidupkan enjin, tekan butang merah.”
Dia berbuat demikian dan enjin kapal terbang dihidupkan.
Dia gembira dan membuka halaman seterusnya.
“Untuk menggerakkan kapal terbang, tekan butang biru.”
Dia berbuat demikian dan kapal terbang terus mula bergerak pada kelajuan yang menakjubkan.
Dia mahu terbang, jadi dia membuka muka surat ketiga (3) yang mengatakan,
“Untuk membiarkan kapal terbang terbang, sila tekan butang hijau.”
Dia berbuat demikian dan kapal terbang mula terbang.
Dia betul-betul teruja!!
Selepas 20 minit terbang, dia sangat berpuas hati dan ingin mendarat. Jadi dia memutuskan untuk pergi ke halaman keempat (4).
Dan halaman ke empat (4) tertulis,
“Untuk mengetahui cara untuk mendaratkan kapal terbang, sila beli Jilid 2 di kedai buku terdekat!”
Ah, sudah!
Moral daripada cerita di atas ialah,
1. Jangan sekali-kali mencuba apa-apa tanpa maklumat lengkap.
2. Belajar separuh-separuh ataupun tak sampai ke penghujung bukan sahaja berbahaya tetapi memusnahkan!
3. Terus kekal di posisi anda sekarang, berpegang kepada apa yang anda tahu dan anda mahir dan terus berkhidmat sehabis baik.
.
Perkongsian daripada Coach Fakhrul