Seorang maut, pesawat Singapura dilanda turbulence teruk


SINGAPURA: Penerbangan SQ321 Singapore Airlines (SIA) dari London (Heathrow) ke Singapura berdepan gelora udara (turbulence) teruk sehingga menyebabkan seorang maut dan beberapa penumpang cedera, hari ini.

Syarikat penerbangan itu berkata, pesawat Boeing 777-300ER berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow, London pada pukul 10.38 malam, pada Isnin sebelum dilencongkan ke Bangkok dan mendarat di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada pukul 3.45 petang tadi, lapor Channel News Asia.

“Pihak syarikat bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di Thailand untuk menyediakan bantuan perubatan yang diperlukan dan menghantar pasukan ke Bangkok untuk memberikan sebarang pertolongan tambahan yang diperlukan,” katanya.

Pesawat itu membawa 211 penumpang dan 18 anak kapal. -CNA





Source link

Leave a Reply