APA lagi yang panas dan tular minggu kalau bukan membabitkan pelakon kontroversi, Ruhainies dan Aliff Aziz. Rabu lalu, menyaksikan prosiding pertuduhan kes khalwat yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan.

Dalam prosiding berkenaan, masing-masing mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat dan memohon hakim, Abu Suffian Abu Yaziz membicarakan kes berkenaan pada 17 Oktober.

Walaupun di sisi undang-undang kes berkenaan masih berjalan, namun di mata netizen kedua-dua pelakon drama Terjerat itu sudahpun dihukum dan dianggap bersalah.

Mana tidaknya, gambar dan video Ruhainies tersenyum bahagia pun sudah membuat punggung warganet panas. Begitu juga dengan Aliff Aziz yang belum pun sebulan kembali bujang dilihat tenang dalam pakaian sedondon hitam.

Dituduh warganet kononnya gembira hadir ke persidangan bak aura seorang pengantin, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, hanya berkata wajahnya yang ceria itu adalah disebabkan keterujaannya berjumpa teman-teman media. Jelas pelakon itu, dia tidak pandai hendak pura-pura menangis di depan kamera.

Bukan itu sahaja, dalam kesempatan itu juga, Ruhainies menafikan khabar angin kononnya bertunang dengan Aliff seperti yang pernah tular sebelum ini.

Walaupun Ruhainies pernah mengatakan tidak lagi berhubung dengan Aliff dalam kenyataannya pada 6 Mei lalu, namun kini, dia dan Aliff membuat pusingan ‘U’ kerana menyedari komunikasi penting bagi menyelesaikan proses kes khalwat ini.

Malah penyanyi Sayang Sayang itu mengakui dia dan Ruhainies tidak bermusuh atau bermasam muka. Jadi, berkomunikasi sahajalah seperti biasa.

Rentetan daripada itu, media sosial penuh dengan ulasan dan pandangan orang awam yang mengikut rapat kes sensasi mereka berdua ini. Tidak ketinggalan pengarah bermulut lantang, Michael Ang, yang membuat naik sebuah video yang dikaitkan oleh netizen seperti menyindir kata-kata yang dikeluarkan Ruhainies.

“Ini adalah lakonan realiti sebenarnya, ‘kenapa aku perlu menangis? Aku kan penyondol. Bukan laki aku kena sondol. Aku yang menyondol sepatutnya aku gembira dan bangga.

“Okay ini pula yang berlaku di khalayak ramai ‘kita bukan tak nak nangis sebab kita tak pandai. Berlakon pun kayu kadang-kadang,” sindir pengarah itu dalam video tersebut.

Bukan hanya Michael Ang, warganet turut mengeluarkan semula video temu ramah antara Janna Nick yang dalam nada berseloroh pernah bertanya adalah Ruhainies apakah dia sedang mempunyai skandal dengan lelaki yang berstatus suami orang?

Di ruangan komen, ramai yang tertanya-tanya, adakah ketika itu Janna sudah pun mengetahui gosip-gosip belakang tabir yang hanya diketahui rakan satu industri?

Tapi tidak mengapalah, bak kata pepatah, nasi pun sudah menjadi bubur. Tapi jangan risau, masih boleh dimakan. Ruhainies dan Aliff hadap sahajalah kecaman yang sementara ini. Seperti bubur, telan sahajalah.

Source link

Smile Design Pullover Woolen Knitted Wool Hip Hop Beanie Snow Hat Cap Topi Benie Design Senyuman 笑脸设计针织帽
Shopee.com.my
4.9
RM16.99
Smile Design Pullover Woolen Knitted Wool Hip Hop Beanie Snow Hat Cap Topi Benie Design Senyuman 笑脸设计针织帽
PREFECT SMILE VENEERS Gigi palsu murah Cantikkan senyuman dengan veneers Sesuai untuk semua jenis gigi mudah digunakan
Shopee.com.my
4.4
RM10.90
PREFECT SMILE VENEERS Gigi palsu murah Cantikkan senyuman dengan veneers Sesuai untuk semua jenis gigi mudah digunakan
penutup muka rider ✍Topeng lucu, wajah 3D senyuman mulut besar stereoskopik, pasang gigi, personaliti kreatif, wajah tersenyum besar, topeng, prop lucu◎
Shopee.com.my
5.0
RM47.93
penutup muka rider ✍Topeng lucu, wajah 3D senyuman mulut besar stereoskopik, pasang gigi, personaliti kreatif, wajah tersenyum besar, topeng, prop lucu◎
SENYUMAN MALAIKAT RIDHWAN
Shopee.com.my
5.0
RM38.00

Leave a Reply