SEREMBAN: Semangat juang yang tinggi menjadi faktor utama yang membawa kepada kejayaan pasukan Kelantan Darul Naim FC menumbangkan Negeri Sembilan FC (NSFC), 3-2, dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dekat sini malam tadi.

Penolong ketua jurulatih pasukan itu, Rezal Zambery Yahya mengakui, ketika perlawanan itu menuju penghujung,  kemenangan kelihatan pudar apabila selepas pasukan tuan rumah berjaya mengikat jaringan kepada 2-2.

Namun katanya, jaringan pemain import kelahiran Palestin, Oday Ali Abdalrahim pada minit terakhir permainan sangat memberikan kegembiraan kepada pasukan.

“Kemenangan itu menjadi lebih bermakna apabila Kelantan Darul Naim FC naik satu tangga iaitu tangga ke-12 sekali gus meninggalkan tangga terakhir yang diduduki sejak awal musim.

“Kami berasa gembira dengan pujian perlu diberikan sepenuhnya kepada semua pemain yang berjuang sehingga minit terakhir untuk memastikan kemenangan menjadi milik kami,” katanya kepada para pemberita sejurus tamat perlawanan itu malam tadi.

Dalam perlawanan itu, Kelantan Darul Naim FC mendahului 2-0 melalui gol jaringan Mohamad Hakimi Abdullah pada minit ke-14 dan Kim Likwan (minit 36).

NSFC kemudian bangkit hingga berjaya menyamakan kedudukan melalui gol sepakan penalti, Jaque Faye (minit 83) dan Sebastian Avanzini (minit 88).

Oday Ali menyimpulkan kemenangan Kelantan Darul Naim FC dengan gol melalui tendangan percuma pada minit ke-89.

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==
PEMAIN Kelantan Darul Naim FC meraikan gol kemenangan jaringan Oday Ali Abdulrahim Kharoub pada perlawanan Liga Super bertemu Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, semalam.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Sementara itu, Ketua Jurulatih NSFC, K. Nanthakumar nyata kecewa atas kekalahan NSFC hingga menyebabkan pasukan itu tergelincir ke tangga terakhir liga.

Katanya, kekalahan itu bertambah perit apabila berlaku di laman sendiri yang menyaksikan pemain import baharu dari Brazil, Ricardo Pires Santos gagal menjaringkan penalti pada minit ke-60.

“Saya kecewa kerana kita bermain di laman sendiri. Kita hendak menang, kita hendak menambah mata tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya,” katanya.

 Bagaimanapun, beliau mempertahankan prestasi dua pemain import baharu pasukan itu iaitu Pires dan Avanzini.

“Avanzini telah menjaringkan dua gol masing-masing malam ini dan ketika menentang Pulau Pinang pada 22 September lalu manakala Pires baru saja menyertai kami minggu ini,” ujarnya.-UTUSAN.

 





Source link

-20%
Beam Hiasan Sekolah - SKS - KATA HIKMAH PENAIK SEMANGAT
Shopee.com.my
4.9
RM8.04 RM10.05
Beam Hiasan Sekolah - SKS - KATA HIKMAH PENAIK SEMANGAT
Button Badge Positive Motivation {No Minimum Order} Kata Kata Semangat
Shopee.com.my
5.0
RM1.10
Button Badge Positive Motivation {No Minimum Order} Kata Kata Semangat
Button Badge Positive Words {No Minimum Order} Kata Kata Semangat Motivation
Shopee.com.my
5.0
RM1.10
Button Badge Positive Words {No Minimum Order} Kata Kata Semangat Motivation
Button Badge Positive Motivation {No Minimum Order} Kata Kata Semangat Part 2
Shopee.com.my
5.0
RM1.10
Button Badge Positive Motivation {No Minimum Order} Kata Kata Semangat Part 2

Leave a Reply