Semalam saya pergi ke Narathiwat melalui sempadan Bukit Kayu Hitam. Ramai betul orang Malaysia bercuti ke Thailand.
Apabila tiba giliran saya untuk serahkan borang kastam, pihak kastam Thailand berkata saya tidak serahkan borang kastam semasa saya ke Thailand 2 minggu lepas. Saya perlu membayar denda sebelum boleh masuk ke Thailand semula.
Saya yakin saya telah serahkan borang tersebut, tetapi dalam data pihak kastam Thailand menyatakan sebaliknya. Saya terpaksa membayar denda walaupun saya tidak setuju. Nasib baik dia minta 2000 bath sahaja tetapi risit yang diberikan hanya 1000 bath sahaja.
Kepada rakan-rakan yang membawa kenderaan, pastikan untuk sah-sah dengan pihak kastam Thailand bahawa anda telah menyerahkan borang kastam. Saya yang selalu keluar masuk Thailand pun terkena masalah ini.
Kredit📷: Md Nasir Md Saman
Kelmarin sy ke Narathiwat melalui sempadan BKH. Ramai betul rakyat Malaysia bercuti ke Thailand.
.
Bila tiba giliran sy utk serah borang kastam pihak kastam Thailand kata sy tak serah borang kastam sewaktu balik semasa sy ke Thailand 2 minggu lepas. Sy diarah bayar denda sblm blh masuk ke Thailand semula.
.
Sy yakin sy serah borang tu tetapi dlm data pihak kastam Thailand mengatakan tidak… mahu tdk mahu kena bayar jgk. Nasib baik dia minta 2000 bath saja tapi yg mushkilnya resit yg dia bg 1000 bath saja…
.
Pada kwn2 yg bawak keta pastikan betul2 dgn kastam Thailand yg tuan2 serah borang tu….sy yg selalu keluar masuk Thailand pun terkena…
.
Kredit📷: Md Nasir Md Saman
Masa serah borang kastam tu tuan ada tanda tangan tak dlm buku log die? Klu xtanda tangan memang xde rekod