PETALING JAYA: Ketua jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil masih dalam proses memilih pembantu jurulatih baru untuk kelab tersebut, menurut ketua pegawai eksekutif Selangor FC, Datuk Dr Johan Kamal.
“Kami akan membawa masuk dua hingga tiga pembantu jurulatih baru. Nidzam sedang meneliti resume, dan kami telah mempercayakan padanya untuk memilih siapa yang patut menjadi sebahagian daripada pasukannya.
“Terdapat beberapa calon, kemungkinan besar jurulatih akan membawa masuk seorang pembantu jurulatih dari luar negara, salah seorang daripada mereka pernah bermain di Malaysia semasa zaman Nidzam sebagai jurulatih, dari Australia,” katanya semasa majlis berbuka puasa Selangor FC semalam.