ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

Pelakon Fattah Amin menitipkan ucapan istimewa kepada anak sulungnya Nur Fatima Aisya yang menyambut ulang tahun kelahiran keempat pada Rabu.

Artikel Berkaitan: ‘Daddy Will Always Love You Two’ – Fattah Amin

Artikel Berkaitan: Ucapan DJ Sonic Sempena ‘Birthday’ Fazura – ‘Hebat Wanita Ini, Tetap Jaga Aib & Tutur Kata Supaya Tiada Siapa Yang Terluka’

Birthday Fatima

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

Menerusi hantaran di Instagram, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34, mendoakan Fatima membesar jadi anak yang solehah dan sentiasa berada dalam lindungan Yang Maha Esa.

Selamat hari lahir anakku Nur Fatima Aisya Binti Abdul Fattah. Semoga membesar sihat menjadi anak yang solehah, bijak pandai, sihat walafiat dan sentiasa di bawah perlindungan Allah S.W.T.

Dalam hantaran sama, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu turut meluahkan rasa rindu terhadap anak perempuannya.

Daddy rindu awak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya tersentuh hati membaca ucapan yang didedikasi aktor itu.

Terdahulu, isteri kepada Fattah iaitu aktres Nur Fazura turut berkongsi hantaran khas sempena ulang tahun kelahiran anak mereka.

Menerusi nukilan panjang di Instagram, Fazura menyifatkan Fatima anak yang mempunyai sifat empati dalam diri terhadap semua orang di sekelilingnya.

Dalam pada itu, Fazura berjanji akan selamanya berada di samping Fatima dalam apa jua keadaan susah atau senang.

Sumber: Instagram





Source link

Leave a Reply