Sekarang ni dah susah nak jumpa filem romantik yang best dan berkualiti macam dulu.


Sekarang ni macam dah kurang filem romantic yang best dan berkualiti macam ni. Terpaksa la min cari filem 2000an kalau nak dapat yang best2.

Music And Lyrics (2007)

Filem ini mengikuti watak lakonan Hugh Grant bernama Alex Fletcher, bekas ahli kumpulan boy band popular tahun 80-an.

Meniti hari berlalu sebagai artis terkenal, dia kini sudah semakin dilupakan. Tidak seperti rakan band nya yang berjaya dalam semua bidang hiburan.

Namun satu peluang muncul. Peluang untuk menghidupkan semula kerjaya muzik Alex melalui penyanyi bernama Cora (Haley Bennett)

Cora adalah seorang ikon pop berjiwa zen yang kononnya gabungan Britney dan Christina. Dia menawarkan Alex untuk berduet dengannya, jika Alex dapat mereka dan menulis lagu berkualiti.

Kesukaran yang dihadapi oleh Alex adalah untuk mencipta lirik yang bagus.

Muncul Sophie Fisher (Drew Barrymore), seorang wanita yang berpendidikan dalam menulis.

Sophie kebetulan bekerja sementara sebagai penjaga pokok dan tumbuhan di rumah Alex pada waktu itu.

Apabila mendapati kegemaran Sophie untuk menulis lirik pop yang sedap, Alex merekrutnya dan bersama-sama mereka menulis lagu yang sempurna.

Semakin lama mereka pun jatuh cinta…❤️

Nak tengok pengakhiran kisah romantik Alex dan Sophie ni, korang boleh tengok dekat Astro Go ataupun HBO Go.

#StreamOnAstro
#AstroGo



Source

Leave a Reply