PETALING JAYA – Pempengaruh sensasi Aisyah Hijanah memilih untuk mengutamakan kasih sayang terhadap Allah SWT dan diri sendiri berbanding kepada suami tercinta, Alif Teega.

Aisyah atau nama penuhnya Aisyah Hijanah Azhari, 26, berkata, kasih sayang untuk suami berada di posisi ketiga bagi mengelakkan jiwanya terluka sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diinginkan.

“Apabila hati kita terikat pada suami memang akan sakit bila nampak dia keluar dan tahu tujuannya.

“Namun, bila kurangkan sikit rasa sayang pada suami dan ‘reset’ hati supaya sayang Allah serta diri dulu barulah pasangan, kita akan rasa okey sedikit.

“Memang susah, Aisyah pun ambil masa beberapa bulan untuk pastikan hati betul-betul untuk Allah,” katanya dalam Instagram.

Tambah Aisyah, setiap individu perlu mengutamakan rasa cinta dan memperbaiki hubungan dengan Tuhan.

“Kami sudah bersama enam tahun dan tiba-tiba dilanda ujian sebegini, memang menguji jiwa.

“Sebenarnya individu yang kita sayang bukannya istimewa sangat pun. Namun, cinta yang diberi terlalu besar sehingga nampak dia istimewa.

“Yang patut kita dahulu dan fokus adalah hubungan dengan Allah. Fokus perbetulkan semula hubungan dengan Tuhan,” kongsinya.

Dalam perkongsian sama, ketiadaan Alif yang keluar bekerja atau mempunyai urusan lain turut memberinya peluang untuk melakukan ibadah sekali gus mendekatkan lagi diri dengan Tuhan.

“Selalunya, saya akan set pemikiran sehari sebelum hari itu dengan rancang nak buat lakukan perkara apa.

“Fokus cari ilmu, solat sunat, zikir, baca buku dan penjagaan diri sebab bila ada suami, adakalanya tak sempat pun kita nak betul-betul jaga hubungan dengan Allah

“Jadi, setiap kali Alif tiada, saya akan ambil masa sepenuhnya untuk betul-betul berkhidmat kepada Allah,” ujarnya lagi.

Hari ini, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan dua kes salah guna harta bagi program infak iftar dan korban, berjumlah RM63,605.48 membabitkan Alif dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor. – KOSMO! ONLINE





Source link

Sayang Mackerel | Cuttlefish Soy Sauce | Sardine Tomato/ Chilli Sauce | Button/Straw Mushroom | Baked Beans (400g/425g)
Shopee.com.my
4.9
RM4.02
Sayang Mackerel | Cuttlefish Soy Sauce | Sardine Tomato/ Chilli Sauce | Button/Straw Mushroom | Baked Beans (400g/425g)
Sayang Kerang Panggang | Kerang Kicap Soya | Kerang Kari | Kari Ayam | Sotong Kicap Soya (100g/145g)
Shopee.com.my
4.8
RM4.94
Sayang Kerang Panggang | Kerang Kicap Soya | Kerang Kari | Kari Ayam | Sotong Kicap Soya (100g/145g)
Sayang Tuna (Flakes/Chunks) (Oil/Water) 150g
Shopee.com.my
4.9
RM6.08
Sayang Tuna (Flakes/Chunks) (Oil/Water) 150g

Leave a Reply