Saya sangat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Ahli Majlis Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) yang telah diadakan pada 8 Februari 2024 di Putrajaya.
Terima kasih diucapkan kepada Prof. Dr. Jamaluddin bin Ab Rahman, selaku Presiden PPKAM, Prof. Dato’ Dr. Syed Mohamed Aljunid bin Syed Junid dan semua ahli majlis PPPKAM yang sudi meluangkan masa berkunjung ke pejabat saya.
Semasa sesi kunjugan hormat pada kali ini, saya berpeluang mengenali dan bertukar-tukar pandangan serta idea dengan ahli-ahli PPPKAM bagi sesi 2024/2025 serta berbincang mengenai perancangan aktiviti – aktiviti yang akan dilaksanakan bagi sesi tahun ini.
Secara keseluruhan, hala tuju persatuan ini bukanlah dikhususkan untuk Pakar Perubatan Kesihatan Awam sahaja, tetapi juga bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan profession semua anggota yang bertugas dalam Kesihatan Awam.
Semoga segala gerak kerja kita sentiasa diberkati dan diredhai Allah dalam usaha untuk menjaga taraf kesihatan masyarakat dan kesejahteraan seluruh alam sejagat ini, insyaAllah.
Source