PETALING JAYA – Biarpun ketinggalan 16-20, kebangkitan epik beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada perlawanan penentuan pingat gangsa Sukan Olimpik Paris ternyata mengejutkan penyokong badminton Malaysia.

Walaupun di ambang kekalahan, kejayaan beregu itu meraih enam mata berturut-turut pada set kedua sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Sehubungan itu, rata-rata yang menyaksikan perlawanan tersebut menyifatkan ia sebagai perlawanan yang terbaik.

“Saya dah reda tengok ‘point’ (mata) ini tadi. Aku rasa semua rakyat Malaysia dah reda. Chia-Soh sahaja yang berjuang,” kata Syawal.

“Perlawanan terbaik, tak tenang duduk. Dah mula skrol telefon dah tiba-tina tengok menang,” ujar Aisyah.

“Waktu ini dah tukar siaran, tak sanggup nak beregu Denmark menang. Mak marah sampai suruh Chia-Soh balik dah,” jelas Shuhadah.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Aaron-Soh Wooi Yik berjaya memecah tembok dengan meraih pingat pertama negara selepas mengalahkan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark.

Aaron-Wooi Yik menang 16-21, 22-20, 21-19 dalam tempoh 74 minit pada perlawanan penentuan pingat gangsa itu. – KOSMO! ONLINE





Source link

Leave a Reply