Kebelakangan ini, kita banyak mendengar kisah perceraian serta pergaduhan dalam kalangan selebriti serta pempengaruh.
Terbaru, ada khabar angin yang mengatakan rumah tangga pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose kini sedang bergolak.
Artikel berkaitan: Uqasha Senrose & Kamal Adli Selamat Timang Anak Sulung
Artikel berkaitan: Dipenjara 28 Bulan, Kamal Adli Tidak Puas Hati Dengan Hukuman Penyerang Di Singapura
Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli berkata, dia cuma berlapang dada bahkan awalnya berasa lucu mendengar gosip liar itu.
“Ada dengar juga orang buat cerita tetapi saya gelak sahaja. Saya pun tak tahu isu apa yang sengaja dibangkitkan.
Saya okey dan cuba menjadi orang yang lebih bersikap terbuka. Biasalah dalam mana-mana perkahwinan ada waktu merajuk, bergaduh.
Sekarang saya makin faham emosi wanita, lebih-lebih lagi melibatkan anak, jadi sebagai suami kita kena lebih bertenang,” katanya.
Menerusi laporan Kosmo!, pelakon filem Takluk: Lahad Datu itu bagaimanapun berkata dia tidak menyimpan perasaan dendam namun berharap netizen menjaga percakapan sebelum mempercayai dakwaan palsu sehingga sanggup mengecam tanpa usul periksa.
Pun begitu, dia dan Uqasha tidak menafikan masih ada terdetik rasa kecewa apabila membaca tuduhan sebegitu dalam media sosial.
Sumber: Kosmo!