KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hairan dengan sikap segelintir ahli Parlimen yang membantah tindakan kerajaan berhubung penyasaran subsidi dalam kalangan T15.

Katanya, beliau bukanlah ‘Robin Hood’ seperti yang didakwa sesetengah pihak apabila memperkenalkan rasionalisasi subsidi terhadap golongan T15 dalam Belanjawan 2025, baru-baru ini. 

Sebaliknya Anwar berkata, beliau hanya bertindak adil dalam membantu golongan berpendapatan rendah di negara ini

“Kita sedang kaji pendapatan sebenar T15. Tetapi bagaimana dengan pendapatan RM100,000 sebulan, ada juga sejuta pendapatan.

“Tetapi ada perdebatan di Parlimen, saya hairan dengan bagaimana pula? Lagi ramai ahli Parlimen yang mempertahankan T15 berbanding rakyat yang (jumlah) 85 peratus,” katanya dalam Program Temu Anwar di Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) di sini, hari ini.

Anwar berkata, Malaysia adalah antara negara yang memberikan subsidi tertinggi dan sistem pencukaian terendah di dunia. 

“Kalau kita nak jaga golongan miskin, kita mesti ada sumber yang cukup. Kita mewarisi hutang sehingga RM1.5 trilion dan kita tidak mahu cukai rakyat. Cuma kita cukai sedikit terhadap golongan maha kaya. 

“Itu bukan Robin Hood, tetapi hanya menarik subsidi. Bayangkan, ada golongan terkaya di negara ini, di mana polisi kita sebelum ini mereka dapat subsidi elektrik daripada kerajaan.

“Kerajaan cuma mahu mereka bayar harga kos, bagi saya itu adil. Jika ada pihak yang nak jadikan isu politik, tidak adil dan tidak munasabah, itu hak mereka,” katanya. – UTUSAN





Source link

-20%
Saya Sudah Baligh - Episod Baharu Hidupku
Shopee.com.my
5.0
RM20.00 RM25.00
Saya Sudah Baligh - Episod Baharu Hidupku
BUKU APA ERTINYA SAYA MENGANUT AGAMA ISLAM ( FATHI YAKAN )
Shopee.com.my
4.9
RM11.70
BUKU APA ERTINYA SAYA MENGANUT AGAMA ISLAM ( FATHI YAKAN )
-15%
Ready stok!!! Saya Sudah Baligh cetakkan 2022
Shopee.com.my
5.0
RM21.25 RM25.00
Ready stok!!! Saya Sudah Baligh cetakkan 2022

Leave a Reply